Thursday, October 17, 2013

Hubert Humphrey

"Kamu tidak patut risau mengenai apa yang mereka rampas daripada kamu, tetapi fikirkan apa yang patut kamu lakukan dengan apa yang tinggal." - Hubert Humphrey

Hubert Humphrey ialah seorang ahli politik warga Amerika Syarikat.

Nama penuhnya Hubert Horatio Humphrey, Jr. dilahirkan pada 27 Mei 1911 di Wallace, South Dakota, Amerika Syarikat.

Beliau pernah dilantik sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat yang ke-38 di bawah Presiden Lyndon B. Johnson dari tahun 1965 hingga 1969.

Beliau telah berkhidmat sebanyak dua kali di dalam Senat Amerika Syarikat mewakili Minnesota pada tahun 1949 hingga 1964 dan 1971 hingga 1978.

Beliau merupakan calon Parti Democratic dalam pilihan raya tahun 1968 bagaimanapun tewas kepada calon Republican iaitu Richard Nixon.

Hubert Humphrey menuntut di University of Minnesota sebelum memperolehi lesen farmasi dari Capitol College of Pharmacy pada tahun 1931.

Beliau membantu menguruskan farmasi bapanya sehingga tahun 1937 apabila beliau kembali belajar dan memperolehi ijazah sarjana daripada Louisiana State University pada tahun 1940 dan menjadi seorang pengajar sains politik.

Beliau kembali ke Minnesota sewaktu Perang Dunia Kedua dan menjadi penyelia di Works Progress Administration.

Beliau kemudiannya dilantik menjadi pengarah program peperangan Minnesota sebelum menjadi penolong pengarah untuk Suruhanjaya Tenaga Perang (War Manpower Commision).

Pada tahun 1943, beliau telah menjadi profesor sains politik di Macalester College dan menjalankan kempen untuk menjadi Datuk Bandar Minneapolis.

Beliau membantu menubuhkan parti Minnesota Democratic-Farmer-Labor (DFL) pada tahun 1944 dan pada tahun 1945 beliau telah menjadi calon untuk parti DFL sebagai Datuk Bandar Minneapolis buat kali kedua setelah gagal pada tahun 1943. Kali ini beliau menang dengan undi sebanyak 61 peratus.

Hubert Humphrey berkhidmat sebagai Datuk Bandar pada tahun 1945 hingga 1948. Beliau menjadi pengasas bersama kumpulan Anti-Komunisme Liberal Amerika pada tahun 1947.

Beliau telah dipilih menyertai Senat pada tahun 1948, tahun di mana cadangan beliau untuk menamatkan pengasingan kaum telah dimasukkan ke dalam platform parti di Democratic National Convention.

Beliau berkhidmat tiga penggal di dalam Senat iaitu pada tahun 1949 hingga 1964 dan merupakan Democratic Majority Whip dari tahun 1961 hingga 1964.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, beliau adalah penulis utama Civil Rights Act 1964, memperkenalkan inisiatif untuk menubuhkan Peace Corps, menaja fasal Akta McCarran (McCarran Act) untuk mengancam kem-kem pengasingan golongan 'subversif', juga mencadangkan agar keahlian Parti Komunis sebagai feloni (kejahatan) dan mempengerusikan Jawatankuasa Pemilihan mengenai perlucutan senjata.

Hubert Humphrey gagal sebanyak dua kali dalam kempennya sebagai Presiden iaitu pada tahun 1952 dan 1960.

Apabila Lyndon B. Johnson mengambil alih peranan Presiden selepas pembunuhan Presiden John F. Kennedy, Humphrey telah dipilih oleh Johnson sebagai pasangannya dalam pentadbiran untuk mengisi kekosongan tempat tersebut setelah kemenangan besar mereka dalam pilihan raya Presiden 1964.

Setelah Johnson membuat pengumuman mengejut bahawa beliau tidak akan bertanding semula dalam pilihan raya tahun 1968, Humphrey telah melancarkan kempennya sendiri untuk jawatan Presiden pada bulan berikutnya.

Pencabar Humphrey ialah tokoh anti-perang Vietnam, Senator Eugene McCarthy dan Robert F. Kennedy.

Humphrey yang setia kepada dasar-dasar pentadbiran Johnson tentang Perang Vietnam telah menyaksikan tentangan daripada ramai pihak termasuk dalam parti sendiri dan menghindarkannya untuk memberi keutamaan kepada menerima wakil-wakil negeri bukan utama di Konvensyen Demokratik.

Strategi perwakilan Humphrey itu berjaya merangkul pencalonan, memilih Senator Edmond Muskie sebagai pasangannya.

Dengan pembunuhan tokoh pemimpin hak asasi manusia, Dr. Martin Luther King, Jr. dan Senator Kennedy pada tahun itu, dan bantahan kepada penglibatan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam semakin memuncak, konvensyen tersebut telah menyaksikan bantahan-bantahan terhadap Humphrey di samping kempennya yang menelan belanja yang banyak.

Pada 5 November 1968, Hubert Humphrey telah tewas kepada bekas Naib Presiden iaitu Richard Nixon dalam pilihan raya umum.

Beliau kembali mengajar di Minnesota sebelum kembali ke Senat pada tahun 1971.

Beliau menjadi Timbalan Presiden pertama untuk sementara di Dewan Senat dan berkhidmat di situ sehingga saat kematiannya pada tahun 1978.

Hubert Humphrey meninggal dunia pada 13 Januari 1978 di Waverly, Minnesota disebabkan oleh kanser pundi kencing.

No comments: