Showing posts with label Imam al-Ghazali. Show all posts
Showing posts with label Imam al-Ghazali. Show all posts

Wednesday, October 30, 2013

Imam al-Ghazali 5

"Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat." - Imam al-Ghazali

Untuk membaca biodata ringkas tentang Imam al-Ghazali, sila klik sini.

Thursday, August 29, 2013

Imam al-Ghazali 4

"Sesuatu umat itu perlu mantap pegangan agamanya. Tidak sempurna agama melainkan seiring dengan dunia. Agama itu tiang utama, sementara kekuasaan itu adalah penjagaannya. Sesuatu yang tidak bertiang, pasti akan runtuh dan sesuatu yang tiada penjaga, pasti akan musnah dan hilang." - Imam al-Ghazali

Untuk membaca biodata ringkas tentang Imam al-Ghazali, sila klik sini.

Monday, June 24, 2013

Imam al-Ghazali 3

"Menerusi lidah akan berlakulah pendustaan atau pembohongan, buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, bertelingkah, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan." - Imam al-Ghazali

Untuk membaca biodata ringkas tentang Imam al-Ghazali, sila klik sini.

Sunday, June 23, 2013

Imam al-Ghazali 2

"Bahawa penghalang antara manusia dengan tuhannya banyak bersangkut paut dengan urusan mencari rezeki, dimana tidak sempurna urusannya dengan Allah SWT disebabkan dia terkejar-kejar mencari rezeki." - Imam al-Ghazali

Untuk membaca biodata ringkas tentang Imam al-Ghazali, sila klik sini.

Monday, April 8, 2013

Imam al-Ghazali

"Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya." - Imam al-Ghazali

Imam al-Ghazali ialah seorang ulama dan juga tokoh pemikir Islam.

Nama penuhnya Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali dilahirkan di negeri Khurasan pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi.

Imam al-Ghazali digelar Hujjatul Islam kerana kelantangannya dan keberaniannya menentang anasir-anasir yang boleh membahayakan akidah umat Islam terutama sekali ajaran yang dibawa oleh kaum Batiniyah.

Imam al-Ghazali mendapat pendidikan awal di negerinya kemudian melanjutkan pelajaran di Jurjan dan Naisabur.

Imam al-Ghazali telah menuntut ilmu daripada seorang ulama terkenal iaitu Imam al-Haramain Dhiyauddin al-Juwaini.

Pada tahun 484 Hijrah bersamaan 1091 Masihi Imam al-Ghazali telah pergi ke Baghdad dan menjadi guru di Universiti an-Nizamiyah.

Imam al-Ghazali kemudian telah meletakkan jawatan sebagai guru dan merantau ke Syria, Mesir dan Hijaz selama sembilan tahun.

Imam al-Ghazali juga telah menghasilkan beberapa buah kitab seperti Fadha'ih al-Batiniyah yang membongkarkan kesesatan yang dibawa oleh kaum Batiniyah, Tahafutul Falasifah, al-Munqiz Minad Dhalal, Ihya Ulumuddin dan Miskatul Anwar.

Imam al-Ghazali meninggal dunia pada 14 Jamadilakhir 505 Hijrah bersamaan 9 Januari 1111.