Showing posts with label John Wood. Show all posts
Showing posts with label John Wood. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

John Wood 5

"Saya menyambut baik tumbuhnya uban di kepala saya kerana ia membuatkan lebih ramai orang yakinyang saya mempunyai kematangan untuk memimpin sebuah organisasi bertaraf dunia." - John Wood

Untuk membaca biografi ringkas John Wood, klik sini

Monday, October 29, 2012

John Wood 4

"Sekiranya kita suka dengan apa yang kita lakukan, dan dikelilingi oleh sahabat handai dan keluarga, walau berapa pun usia kita ia hanyalah angka, dan bukannya penyebab bagi kita menjadi takut." - John Wood

Untuk membaca biografi ringkas John Wood, klik sini

John Wood 3

"Jangan menumpukan perhatian pada halangan yang menunggu, lakukan sahaja, jangan biarkan mereka yang berfikiran negatif menjatuhkan semangat anda." - John Wood

Untuk membaca biografi ringkas John Wood, klik sini

Tuesday, October 23, 2012

John Wood 2

"Dunia ini dipenuhi dengan orang yang suka membincangkan mengapa sesuatu perkara mungkin tidak dapat dilakukan, dan terlalu sedikit orang yang menyokong kita dan mengatakan, "kami sentiasa bersama awak!" - John Wood

Untuk membaca biografi ringkas John Wood, klik sini

Tuesday, May 15, 2012

John Wood

"Memiliki kekayaan harta benda bukanlah sesuatu yang penting.  Apa yang lebih penting adalah apa yang kita lakukan dengan kekayaan yang kita miliki itu." - John Wood

John Wood dilahirkan pada bulan Januari 1964 di Hartford, Connecticut, Amerika Syarikat.

John Wood ialah pengasas dan lembaga pengerusi bersama Room to Read, sebuah organisasi tanpa keuntungan global yang fokus kepada masalah buta huruf dan kesamarataan jantina dalam pendidikan di Asia dan Afrika yang mana populasinya telah mencapai lebih enam juta kanak-kanak.

Beliau juga merupakan seorang pengarang. Antara buku-buku yang ditulisnya ialah Leaving Microsoft to Change the World dan sebuah buku kanak-kanak berjudul Zak the Yak with Books on His Back.

Beliau ialah seorang ahli Clinton Global Initiative's Advisory Board dan menjadi pensyarah di Harvard's Graduate School of Education dan NYU's Stern School of Business.

John Wood pernah berkhidmat bersama syarikat perisian komputer Microsoft sebelum berhenti untuk menjalankan kerja-kerja amal dan menubuhkan sebuah badan amal dikenali sebagai Room to Read.