Showing posts with label Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi. Show all posts
Showing posts with label Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi. Show all posts

Tuesday, August 27, 2013

Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi 3

"Apabila kita hendak melihat wajah sesebuah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini. Sekiranya golongan muda hari ini adalah daripada kalangan berakhlak, tentunya sesebuah negara itu akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur, tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku." - Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi

Untuk membaca biodata ringkas tentang Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi, sila klik sini.

Thursday, May 30, 2013

Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi 2

"Kekuatan ekonomi Islam kita terbengkalai. Kita hidup di bumi Allah yang paling strategik, paling baik dan paling subur. Bumi yang paling banyak galian yang tersimpan dalam perutnya dan kekayaan yang bertebaran di atasnya. Malangnya kita menyalahgunakan kekayaan, tidak berani berusaha di bumi sendiri dalam menghasilkan keluaran dari galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita. Maka jadilah kita dalam banyak keadaan adalah sebagai pengguna bukannya pengeluar, pengimport bukan pengilang atau pengeksport. Kadangkala kita menghasilkan produk yang tidak diperlukan dan tidak dapat dipasarkan. Dalam masa yang sama kita mengabaikan dalam menghasilkan barang atau produk yang sangat kita perlukan dan mempunyai permintaan yang tinggi. Kita sangat berbangga memiliki kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu pun untuk mengeluarkan basikal sebagai produk buatan sendiri." - Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi

Untuk membaca biodata ringkas tentang Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi, sila
klik sini.

Wednesday, May 29, 2013

Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi

"Sebahagian umat Islam kini kerap mendahulukan perkara yang kurang penting berbanding perkara yang penting. Perkara penting adalah urusan-urusan wajib yang termaktub dalam syariat Islam. Antara perkara tersebut ada yang besar, penting dan utama dan ada pula yang kecil, ringan, kurang penting dan kurang utama iaitu asasi, cabang (furu’), dan rukun." - Prof. Dr. Yusuf Qardhawi

Prof. Dr. Yusuf Qardhawi ialah seorang cendikiawan Islam era moden yang terkenal.

Nama penuhnya ialah Yusuf Abdullah al-Qaradawi dilahirkan di Mesir pada 9 September 1926.

Beliau telah mempelajari al-Quran pada usia 10 tahun dan menuntut di Institusi al-Azhar pada peringkat rendah dan menengah.

Beliau memperolehi sijil 'Aliyya yang sama taraf dengan Bachelor of Arts daripada Universiti al-Azhar dalam Fakulti Teologi pada tahun 1953 dan Ijazah Pengajaran dalam Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954.

Pada tahun 1960 beliau telah berjaya memperolehi Kajian Saringan Tinggi yang sama tarafnya dengan Master of Arts daripada Bahagian Sains al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi Universiti al-Azhar.

Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi juga memperolehi PhD untuk tesisnya tentang zakat yang berjudul Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial) pada tahun 1973.

Setelah menamatkan pengajiannya di Universiti al-Azhar, beliau telah berkecimpung dalam bidang pendidikan dan telah menjadi khatib dan guru di Universiti al-Azhar.

Beliau juga telah dilantik menjadi ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research) juga sebagai Presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars).

Pada tahun 2009 beliau telah menerima Tokoh Maal Hijrah daripada kerajaan Malaysia sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009.

Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi juga aktif dalam bidang penulisan telah menghasilkan beberapa karya. Beliau terpengaruh dengan gaya pemikiran dan penulisan Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim.

Antara karya-karya Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi yang terkenal seperti Fiqh az-Zakat, Halal dan Haram di dalam Islam (The Lawful and Prohibited in Islam) dan Fiqh al-Jihad.