Showing posts with label Baha Zain. Show all posts
Showing posts with label Baha Zain. Show all posts

Sunday, December 8, 2013

Baha Zain 2

"Semangat kebangsaan inilah sebenarnya yang menjadi pendorong kuat terhadap pandangan peri pentingnya maklumat dan ilmu disampaikan dalam bahasa kebangsaan." - Baha Zain*


* sumber: WWW.ITBM.COM.MY Edisi 2013, Bil. 5

Untuk membaca biodata ringkas tentang Baha Zain, sila klik sini.

Thursday, January 10, 2013

Baha Zain

"Harga membangunkan kebudayaan dan pendidikan sumber daya manusia dengan ilmu pengetahuan tiada yang murah, dan tidak boleh dianggap terlalu mahal untuk kemajuan hidup rakyat." - Baha Zain, WWW.ITNM.COM.MY (Edisi 2010, Bil. 2)

Baha Zain ialah seorang penyair, penulis dan pemikir sastera warganegara Malaysia.

Nama sebenarnya ialah Baharuddin Zainal dilahirkan di Teluk Intan, Perak pada 22 Mei 1939.

Beliau mula menulis sejak di sekolah menengah dan karyanya berjudul Perempuan dan Bayang-Bayang (1974) telah meletakkan namanya sebaris dengan penulis-penulis lain di Malaysia.

Pada tahun 1980 beliau telah menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (South East Asia Write Award).

Beliau juga telah menerima Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa daripada Persatuan Linguistik Malaysia pada tahun 2004 dan Anugerah Budaya Gapena pada tahun 2008.

Pada tahun 2011 Baha Zain telah menerima anugerah Tokoh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) atas penglibatannya di dalam persatuan tersebut.

Pada tahun 2013, Baha Zain telah dianugerahkan sebagai Sasterawan Negara menjadikan beliau Sasterawan Negara yang ke-12.