Showing posts with label Mary Engelbreit. Show all posts
Showing posts with label Mary Engelbreit. Show all posts

Tuesday, October 15, 2013

Mary Engelbreit

"Sekiranya kita tidak sukakan sesuatu, ubah sahaja dan sekiranya tidak mampu mengubahnya, ubah cara kita berfikir mengenainya." - Mary Engelbreit

Mary Engelbreit ialah seorang pelukis grafik warga Amerika Syarikat.

Beliau dilahirkan pada 5 Jun 1952 di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat.

Selain menjadi pelukis grafik, beliau juga menjadi pelukis kepada buku kanak-kanak.

Beliau memulakan kerjayanya dengan menjadi pereka dan pelukis kad ucapan yang mana lukisannya menjadi popular dan beliau ditawarkan untuk melukis buku kanak-kanak.

Koleksi lukisannya boleh dilihat di dalam laman webnya iaitu www.maryengelbreit.com.