Showing posts with label Ibnu Taimiyyah. Show all posts
Showing posts with label Ibnu Taimiyyah. Show all posts

Monday, June 3, 2013

Ibnu Taimiyyah 2

"Perlu diketahui tanggungjawab memerintah adalah sebahagian daripada kewajipan agama yang paling besar, malah agama tidak dapat ditegakkan tanpa pemerintah. Ini adalah kerana manusia perlu berkumpul dalam memenuhi keperluan hidup mereka dan perkumpulan itu memerlukan adanya ketua." - Ibnu Taimiyah

Untuk membaca biodata ringkas tentang Ibnu Taimiyah, sila klik sini.

Sunday, June 2, 2013

Ibnu Taimiyyah

"Sunnah Rasulullah datang dengan membawa ajaran untuk menghindari kekotoran yang ada pada tubuh badan manusia, sebagaimana dia juga datang dengan membawa ajaran bagi menghindari kekotoran rohani." - Ibnu Taimiyyah

Ibnu Taimiyah ialah seorang ulama besar yang bergelar Syeikhul Islam, Mujaddid al-Ummah (pembaharu umat Islam) dan Imamul Ulama (pemimpin para ulama).

Nama penuhnya ialah Taqiyuddin Abdul Abbas bin Abdul Halim bin Abdus Salam bin Taimiyah al-Hanbali dilahirkan di Harran, Turki pada 22 Januari 1263 Masihi bersamaan 10 Rabiul Awal 661 Hijrah.

Ibnu Taimiyah telah memberi pelajaran dan fatwa sejak berusia 20 tahun.

Ibnu Taimiyah mendapat gelaran Hujjatul Islam kerana berani berhadapan dan bersemuka dengan orang yang tidak sealiran dengannya. Beliau dapat mematahkan hujah-hujah lawan dengan baik dan berjaya mempertahankan prinsip-prinsip Islam yang dianggapnya sudah menyeleweng pada zamannya.

Ibnu Taimiyah akhirnya dipenjara kerana keberaniannya menghadapi pemerintah dalam menegakkan prinsipnya.

Ibnu Taimiyah banyak menulis dan antara karya-karyanya yang terkenal seperti Minhajus Sunnah an-Nabawiyah, al-Jawabus Salih, at-Tawassul wal-Wasilah, Bayanud Dalil 'Ala Butlanit Tahlil, Iqtidhah Siratal Mustaqim, Raful Malam, as-Siasatus Syar'iyah, Syarah al-Muharrar, Syarah al-'Umdah, al-Fatawa dan Risalah al-Hamawiyyah.

Ibnu Taimiyah meninggal dunia pada tahun 1328 Masihi bersamaan 728 Hijrah di Damsyik ketika berusia 67 tahun.