Wednesday, October 16, 2013

Elbert Hubbard

"Apa sahaja pemikiran yang positif lebih baik daripada pemikiran yang negatif." - Elbert Hubbard

Elbert Hubbard ialah seorang penulis, penerbit, pelukis dan ahli falsafah warga Amerika Syarikat.

Nama penuhnya Elbert Green Hubbard dilahirkan pada 19 Jun 1856 di Bloomington, Illinois, Amerika Syarikat.

Beliau mencipta kerjaya awalnya sebagai seorang jurujual mengembara bersama syarikat Larkin Soap Company.

Beliau dikenali sebagai pengasas komuniti artisan Roycroft iaitu pelopor berpengaruh pergerakan kesenian dan kraftangan di East Aurora, New York, Amerika Syarikat.

Antara karya-karya beliau yang terkenal ialah Little Journeys to the Homes of Good Men and Great (1895 - 1910) yang diterbitkan sebanyak sembilan episod dan A Message to Garcia (1899).

Elbert Hubbard dan isterinya Alice Moore Hubbard terkorban apabila kapal yang mereka naiki iaitu RMS Lusitania karam berhampiran Ireland pada 7 Mei 1915.

No comments: