Sunday, October 20, 2013

Alex Karras

"Kekuatan sebenar seorang manusia berada dalam jiwanya, bukan pada anggota tubuhnya." - Alex Karras

Alex Karras ialah seorang atlet, pelakon dan juga pengulas sukan warga Amerika Syarikat.

Nama penuhnya Alexander George 'Alex' Karras dilahirkan pada 15 Julai 1935 di Gary, Indiana, Amerika Syarikat.

Alex Karras mendapat gelaran The Mad Duck sewaktu di dalam gelanggang.

Alex Karras memulakan kerjayanya dalam bidang sukan dengan menyertai pasukan bolasepak Amerika Detroit Lions dalam National Football League bermula tahun 1958 hingga 1962 dan 1964 hingga 1970.

Selain daripada menceburi sukan bolasepak Amerika, beliau juga aktif dalam sukan gusti profesional.

Alex Karras juga terkenal sebagai pelakon dan pernah berlakon di dalam filem komedi berjudul Blazing Saddles (1974) dan siri komedi televisyen Webster (1983-89).

Alex Karras meninggal dunia pada 10 Oktober 2012 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat akibat menderita penyakit buah pinggang.

No comments: