Showing posts with label Joseph Conrad. Show all posts
Showing posts with label Joseph Conrad. Show all posts

Saturday, June 2, 2012

Joseph Conrad

"Tidak perlu mendapatkan bantuan melalui ilmu hitam.  Manusia sahaja sudah mampu untuk melakukan kekejaman." - Joseph Conrad

Joseph Conrad atau nama sebenarnya Józef Teodor Konrad Korzeniowski adalah seorang penulis berketurunan Poland.

Beliau dilahirkan di Berdichev, Ukraine ketika di bawah pemerintahan Empayar Rusia pada 3 Disember 1857.

Walaupun bahasa Perancis merupakan bahasa asing pertama yang dipelajarinya, namun Conrad menulis di dalam bahasa Inggeris dan menjadi warganegara British pada tahun 1886.

Antara karya-karyanya yang terkenal ialah Heart of Darkness (1902) dan Nostromo (1904).

Joseph Conrad meninggal dunia pada 3 Ogos 1924 di Bishopsbourne, England akibat serangan jantung. Ketika itu beliau berusia 66 tahun.