Showing posts with label Saidina Ali bin Abi Talib. Show all posts
Showing posts with label Saidina Ali bin Abi Talib. Show all posts

Monday, November 25, 2013

Saidina Ali bin Abi Talib 7

"Bahawa manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak." - Saidinia Ali bin Abi Talib

Untuk membaca biodata ringkas tentang Saidina Ali bin Abi Talib, sila klik sini.

Thursday, November 14, 2013

Saidina Ali bin Abi Talib 6

"Seharusnya manusia yang berakal tidak bersungguh-sungguh melainkan dalam tiga perkara: Berusaha untuk keperluan hidupnya, beramal untuk hari kemudian dan bersuka-suka di dalam perkara yang tidak haram." - Saidina Ali bin Abi Talib

Untuk membaca biodata ringkas tentang Saidina Ali bin Abi Talib, sila klik sini.

Thursday, November 7, 2013

Saidina Ali bin Abi Talib 5

"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya." - Saidina Ali bin Abi Talib

Untuk membaca biodata ringkas tentang Saidina Ali bin Abi Talib, sila klik sini.

Tuesday, October 22, 2013

Saidina Ali bin Abi Talib 4

"Didiklah anak-anak kamu kerana mereka akan hidup di zaman yang bukan zaman kamu." - Saidina Ali bin Abi Talib.

Untuk membaca biodata ringkas tentang Saidina Ali bin Abi Talib, sila klik sini.

Wednesday, May 22, 2013

Saidina Ali bin Abi Talib 3

"Yang paling aku takutkan menimpa kamu adalah panjang angan-angan dan mengikuti hawa nafsu. Panjang angan-angan dapat melupakan kehidupan akhirat, sedangkan mengikuti hawa nafsu dapat menghalang kebenaran." - Saidina Ali bin Abi Talib

Untuk membaca biodata ringkas tentang Saidina Ali bin Abi Talib, sila klik sini.

Wednesday, April 17, 2013

Saidina Ali bin Abi Talib 2

"Hai dunia, tipulah orang lain selain aku. Aku telah menceraikanmu dengan talak tiga. Umurmu pendek, perhiasanmu sulit dan bahayamu sangat besar. Betapa sedikit bekalku, betapa panjang perjalananku dan betapa sunyi jalanku." - Saidina Ali bin Abi Talib

Untuk membaca biodata ringkas tentang Saidina Ali bin Abi Talib, sila klik sini.

Wednesday, January 16, 2013

Saidina Ali bin Abi Talib

"Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong, namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah." - Saidina Ali bin Abi Talib

Saidina Ali bin Abi Talib ialah sepupu dan juga menantu kepada Nabi Muhammad SAW.

Beliau dilahirkan 10 tahun sebelum Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul pada 601 Masihi.

Saidina Ali bin Abi Talib telah memeluk Islam sejak kanak-kanak lagi iaitu ketika berusia 10 tahun dan boleh dikatakan sebagai kanak-kanak pertama yang memeluk Islam.

Saidina Ali terkenal dengan gelaran Karramallahu Wajhah yang bermaksud Allah SWT memuliakan wajahnya kerana tidak pernah menyembah berhala.

Saidina Ali juga disifatkan sebagai seorang yang berani dan gagah perkasa dan telah menyertai hampir semua peperangan menentang kaum Musyrikin kecuali peperangan Tabuk.

Beliau telah berjaya menewaskan pahlawan Quraisy bernama Amru bin Wahid yang dikatakan lebih berpengalaman sewaktu peperangan Khandak.

Pedang yang digunakan oleh Saidina Ali bernama Zulfiqar yang mana sebelum itu ia dimiliki oleh Rasulullah SAW.

Saidina Ali juga terkenal sebagai seorang cendikiawan yang memiliki pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti kesusasteraan, matematik dan kehakiman.

Saidina Ali telah menjadi jurutulis untuk Perjanjian Hudaibiyah, mengetuai misi dakwah ke Iraq dan sebagai penulis wahyu yang diterima oleh Rasulullah.

Saidina Ali dilantik menjadi Khalifah pada tahun 35 Hijrah (655 Masihi) dan merupakan Khalifah ke-4 daripada Khalifah Ar-Rasyidin. Bagaimanapun, Saidina Ali menerima perlantikan sebagai Khalifah di dalam keadaan huru-hara iaitu sewaktu beberapa komplot yang dilakukan oleh Abdullah bin Saba' yang bertujuan untuk menggagalkan setiap usaha perdamaian yang dilakukan oleh Saidina Ali.

Sebagai seorang Khalifah, Saidina Ali telah menubuhkan pasukan polis yang diberi nama As-Syurtah dan pasukan tentera berjalan kaki. Saidina Ali juga menubuhkan badan perisik yang belum pernah ditubuhkan oleh Khalifah sebelumnya.

Saidina Ali bin Abi Talib wafat (meninggal dunia) pada 17 Ramadan 41 Hijrah (661 Masihi) akibat dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljim di masjid Kufah, Iraq.

Tempat beliau sebagai Khalifah digantikan oleh anaknya Saidina Hassan bin Ali sebagai Khalifah ke-5 Ar-Rasyidin.