Thursday, September 19, 2013

James Freeman Clarke

"Ahli politik hanya memikirkan tentang pilihan raya yang akan datang, manakala negarawan memikirkan tentang generasi akan datang." - James Freeman Clarke

James Freeman Clarke ialah seorang ahli teologi dan pengarang warga Amerika Syarikat.

Beliau dilahirkan di Hanover, New Hampshire, Boston, Amerika Syarikat pada 4 April 1810.

Clarke mendapat pendidikan awal di Boston Latin School dan lulus Kolej Harvard pada tahun 1829 kemudian di Harvard Divinity School pada tahun 1833.

Beliau pernah menjadi paderi untuk gereja mazhab Unitarian di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat dan terlibat dalam gerakan menghapuskan perhambaan.

Pada tahun 1839 beliau telah kembali ke Boston dan mendirikan sebuah gereja iaitu Church of the Disciples dan menjalankan kegiatan dakwah agama Kristian bersama rakan-rakannya.

Clarke juga telah menulis beberapa artikel berbentuk keagamaan kepada The Christian Examiner, The Christian Inquirer, The Christian Register, The Dial, Harper's, The Index dan Atlantic Monthly.

Clarke juga menjadi penyunting untuk sebuah majalah iaitu Western Messenger dan menulis tentang penghapusan perhambaan.

James Freeman Clarke adalah salah seorang daripada warga Amerika Syarikat yang terawal menemui dan menulis tentang agama yang dianuti oleh masyarakat Timur termasuk Islam. Ianya terkandung dalam bukunya yang berjudul Ten Great Religions (1883).

James Freeman Clarke meninggal dunia pada 8 Jun 1888.

No comments: