Monday, September 23, 2013

Mikhail Gorbachev

"Apakah perbezaan di antara seorang negarawan dan ahli politik? Negarawan melakukan apa yang dia percaya adalah yang terbaik untuk negara manakala seorang ahli politik melakukan apa yang terbaik untuk diundi semula." - Mikhail Gorbachev

Mikhail Gorbachev ialah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis USSR dan bekas Presiden Kesatuan Soviet.

Beliau dilahirkan di Stavropol, Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia pada 2 Mac 1931.

Dasar luar negara beliau sewaktu menjadi Presiden Kesatuan Soviet telah membantu menamatkan Perang Dingin manakala di dalam Kesatuan Soviet beliau telah memperkenalkan pembaharuan utama di dalam ekonomi dan kebebasan maklumat.

Beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden Kesatuan Soviet berikutan cubaan rampasan kuasa pada tahun 1991. Dengan perletakan jawatan Mikhail Gorbachev berakhirlah era penguasaan komunis di Kesatuan Soviet dan Kesatuan Soviet mengalami perpecahan dan digantikan oleh Persekutuan Rusia dengan Boris Yeltsin sebagai Presiden.

No comments: