Tuesday, November 5, 2013

Dr. Siti Zainon Ismail

"Mata hati lebih menjernihkan fikiran dan minda lebih menyatu dengan jiwa untuk menjadi ayat puisi melalui lidah serta dua bibir (lahir) dan batinnya adalah keinsafan hingga kita dapat menyatu dengan Kebenaran dalam roh." - Dr. Siti Zainon Ismail, WWW,ITBM.COM.MY Edisi 2011, Bil. 3

Dr. Siti Zainon Ismail ialah seorang pengarang, penyair dan pelukis warga Malaysia.

Beliau dilahirkan pada 18 Disember 1949 di Gombak, Kuala Lumpur, Malaysia.

Dr. Siti Zainon Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Setapak, Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah Langgar, Kota Bharu, Kelantan dari tahun 1957 hingga 1961.

Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Aminudin Baki, Kuala Lumpur dari tahun 1962 hingga 1968.

Disebabkan oleh minatnya yang mendalam dalam bidang seni lukis, beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang lukisan di Institut Seni Indonesia (ASRI) dalam jurusan seni lukis bermula dari tahun 1970 hingga 1973.

Sewaktu menuntut di ASRI, beliau sering memenangi Anugerah Sketsa Kartini.

Apabila beliau kembali ke tanah air, beliau telah menjadi jurulatih seni lukis di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sejak tahun 1974 hingga 1976.

Kemudian beliau menjadi tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1976 dan lulus Sarjana Sastera di UKM pada tahun 1980.

Beliau memperolehi PhD. daripada Universiti Malaya pada tahun 1992.

Kini beliau mengajar di Pusat Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu dalam bidang Seni Budaya Warisan dan profesor di UKM.

Selain daripada melukis, Dr. Siti Zainon Ismail juga aktif menulis dan antara karya-karya beliau ialah seperti Seri Padma (1984), Piazza Di Spagna (2005), Aceh : suara dari hujung tambak (2009) dan 100 Malay proverbs : an open ground for knowledge (2010).

Dr. Siti Zainon Ismail juga telah memenangi beberapa anugerah dalam bidang kesusasteraan antaranya ialah Anugerah Hadiah Sastera Malaysia (1975,1976,1979,1983,1985,1989), Hadiah Maybank- DBP (1996/97/98), S.E.A. Write Award (1989), Gelar Cut Nyak Fakinah (Lembaga Adat Aceh-MUI 1990), Anugerah Tan Seri Fatimah-Avon (1993), Pingat Jasa Kebaktian (Negeri Selangor, 1993), Prof Luar Biasa (Universitas Jabal Ghafur, 1996), Pingat Setia Mahkota Selangor (2002) dan Anugerah Budayanita, Kerajaan Negeri Selangor (2006).

No comments: