Sunday, September 29, 2013

Tengku Razaleigh Hamzah

"Kita boleh berdiri di pinggir keadaan tidak stabil yang berlarutan dan kereputan. Atau kita boleh berada di pinggir kesempatan untuk menegakkan semula diri kita sebagai negeri yang demokratik, bersatu dan berkeyakinan sekali lagi untuk mewujudkan untung nasib kita sendiri di kalangan pelbagai bangsa." - Tengku Razaleigh Hamzah*

Tengku Razaleigh Hamzah ialah seorang tokoh politik warga Malaysia.

Nama penuhnya Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah dilahirkan pada 13 April 1937 di Kota Bharu, Kelantan.

Tengku Razaleigh pernah menjadi Menteri Kewangan Malaysia sejak tahun 1976 hingga 1984 dan Menteri Perdagangan dan Industri Malaysia (1984 - 1987).

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Bank Dunia dan IMF, Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) dan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank).

Tengku Razaleigh Hamzah juga adalah pengasas kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak sebagai Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada tahun 1974.

Di dalam bidang politik, Tengku Razaleigh Hamzah pernah menjadi Bendahari dan Naib Presiden UMNO. Tengku Razaleigh juga pernah menduduki kerusi pembangkang apabila menubuhkan sebuah parti bernama Semangat 46 apabila terdapat krisis dengan parti UMNO, bagaimanapun parti Semangat 46 dibubarkan pada tahun 1996 dan kini Tengku Razaleigh kembali menjadi ahli UMNO.

*Dipetik dari artikel tulisan Tan Sri Mazlan Nordin, Antara demokrasi lama dan kebebasan mutlak, Utusan Malaysia 20 September 2009

No comments: