Thursday, September 26, 2013

Marcel Proust

"Kita tidak menerima kebijaksanaan, kita harus mencarinya untuk diri kita sendiri setelah melewati suatu perjalanan yang tidak seorang pun boleh mengambilnya atau memisahkannya dari kita." - Marcel Proust

Marcel Proust ialah seorang novelis, pengkritik dan penulis warga Perancis.

Nama penuhnya Valentin Louis Georges Eugène Marcel Proust dilahirkan di Auteuil, Perancis pada 10 Julai 1871.

Beliau dikenali untuk karyanya À la recherche du temps perdu (In Search of Lost Time) yang diterbitkan dan dikeluarkan dalam tujuh bahagian daripada tahun 1913 ke tahun 1927.

Marcel Proust meninggal dunia pada 18 November 1922 di Paris, Perancis akibat penyakit pneumonia. Beliau meninggal dunia ketika berusia 51 tahun.

No comments: