Monday, September 16, 2013

Raja Dr. Nazrin Shah

"Ketika bangsa bagaikan mabuk dilambung ombak globalisasi, amatlah perlu untuk bangsa diperingatkan kepada fakta sejarah." - Raja Dr. Nazrin Shah

Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah merupakan Raja Muda dan Raja Pemangku Negeri Perak Darul Ridzuan.

Baginda diputerakan pada 27 November 1956 di Pulau Pinang.

Baginda merupakan putera sulung Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah.

Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang politik, ekonomi dan kerajaan daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada 1979 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 1984.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ditabalkan sebagai Raja Muda Perak pada 15 April 1984.

No comments: