"Harga sebuah pengalaman tidak dapat dilihat secara jelas, tetapi bagi yang merasakan akan tahu nilainya." - William Osler
Sir William Osler ialah seorang pakar perubatan dan cendiakawan warga Kanada.
William Osler dilahirkan di Bond Head, Kanada Barat (kini dikenali sebagai Ontario) pada 12 Julai 1849.
Beliau merupakan salah seorang pengasas Hospital John Hopkins sebagai Profesor Perubatan dan menubuhkan Khidmat Perubatan di hospital tersebut.
Osler juga telah mereka program residensi untuk pelatih-pelatih jurusan perubatan dan juga yang pertama membawa para pelatih merawat pesakit selain daripada mendengar ceramah di dewan ceramah.
Beliau digelar Bapa Perubatan Moden. Beliau juga adalah seorang tokoh dalam pelbagai aspek yang berfungsi sebagai ahli patologi, pendidik, pencinta buku, ahli sejarah, pengarang dan juga seorang yang kelakar.
Karyanya yang berjudul Principles and Practice of Medicine (1892) telah dijadikan sebagai buku teks dan rujukan kepada pelajar-pelajar perubatan.
Sir William Osler meninggal dunia pada 29 Disember 1919 di Oxford sewaktu merebaknya wabak selsema Sepanyol (Spanish Influenza).
No comments:
Post a Comment