Tuesday, April 16, 2013

Imam as-Syatibi

"al-Dharuriat (keperluan yang mendesak) adalah sesuatu yang harus dilakukan agar mendapat kemaslahatan di dunia dan akhirat, jika al-Dharuriat ini tidak dilaksanakan maka kemaslahatan itupun tidak akan ada tetapi yang akan timbul adalah kerosakan, kesengsaraan dan kerugian yang besar." - Imam as-Syatibi

Imam as-Syatibi ialah seorang cendikiawan Islam daripada Andalusia (Sepanyol) yang bermazhab Maliki.

Nama penuhnya ialah Al-Qassim bin Fiyyurah bin Khalf bin Ahmad Asy –Syatibi Ar-Ru’aini Al-Andalusi dilahirkan pada tahun 538 Hijrah di Syatibah, Andalusia.

Beliau mempelajari al-Quran daripada gurunya, Abi Abdullah Muhammad bin Abil 'As al-Nafari. Beliau juga pernah belajar ilmu hadis bersama Ibnu Huzail.

Beliau telah merantau ke Kaherah, Mesir dan telah ditawarkan oleh pentadbir Mesir pada waktu itu iaitu al-Qadhi al-Fadhil menjadi Syeikh di Madrasah al-Fadhiliah.

Imam as-Syatibi juga telah mengarang beberapa buah buku berkenaan ilmu Qiraat seperti Hirzul Amani, 'Aqliah Atrabul Qasoid, Nazimatuz Zahr dan Qasidah Daliah.

Imam as-Syatibi meninggal dunia pada 28 Jamadil Akhir 590 Hijrah dan dikebumikan di Kaherah, Mesir.

No comments: