Tuesday, May 15, 2012

John Wood

"Memiliki kekayaan harta benda bukanlah sesuatu yang penting.  Apa yang lebih penting adalah apa yang kita lakukan dengan kekayaan yang kita miliki itu." - John Wood

John Wood dilahirkan pada bulan Januari 1964 di Hartford, Connecticut, Amerika Syarikat.

John Wood ialah pengasas dan lembaga pengerusi bersama Room to Read, sebuah organisasi tanpa keuntungan global yang fokus kepada masalah buta huruf dan kesamarataan jantina dalam pendidikan di Asia dan Afrika yang mana populasinya telah mencapai lebih enam juta kanak-kanak.

Beliau juga merupakan seorang pengarang. Antara buku-buku yang ditulisnya ialah Leaving Microsoft to Change the World dan sebuah buku kanak-kanak berjudul Zak the Yak with Books on His Back.

Beliau ialah seorang ahli Clinton Global Initiative's Advisory Board dan menjadi pensyarah di Harvard's Graduate School of Education dan NYU's Stern School of Business.

John Wood pernah berkhidmat bersama syarikat perisian komputer Microsoft sebelum berhenti untuk menjalankan kerja-kerja amal dan menubuhkan sebuah badan amal dikenali sebagai Room to Read.

No comments: