"Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya." - Imam al-Ghazali
Imam al-Ghazali ialah seorang ulama dan juga tokoh pemikir Islam.
Nama penuhnya Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali dilahirkan di negeri Khurasan pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi.
Imam al-Ghazali digelar Hujjatul Islam kerana kelantangannya dan keberaniannya menentang anasir-anasir yang boleh membahayakan akidah umat Islam terutama sekali ajaran yang dibawa oleh kaum Batiniyah.
Imam al-Ghazali mendapat pendidikan awal di negerinya kemudian melanjutkan pelajaran di Jurjan dan Naisabur.
Imam al-Ghazali telah menuntut ilmu daripada seorang ulama terkenal iaitu Imam al-Haramain Dhiyauddin al-Juwaini.
Pada tahun 484 Hijrah bersamaan 1091 Masihi Imam al-Ghazali telah pergi ke Baghdad dan menjadi guru di Universiti an-Nizamiyah.
Imam al-Ghazali kemudian telah meletakkan jawatan sebagai guru dan merantau ke Syria, Mesir dan Hijaz selama sembilan tahun.
Imam al-Ghazali juga telah menghasilkan beberapa buah kitab seperti Fadha'ih al-Batiniyah yang membongkarkan kesesatan yang dibawa oleh kaum Batiniyah, Tahafutul Falasifah, al-Munqiz Minad Dhalal, Ihya Ulumuddin dan Miskatul Anwar.
Imam al-Ghazali meninggal dunia pada 14 Jamadilakhir 505 Hijrah bersamaan 9 Januari 1111.
No comments:
Post a Comment