Friday, November 1, 2013

José Mujica

"Orang miskin ialah mereka yang berusaha untuk memenuhi kehendak hidup mereka yang serba mewah dan akhirnya sentiasa mahukan lebih dan lebih lagi." - José Mujica

José Mujica ialah Presiden Uruguay sejak tahun 2010.

Nama penuhnya José Alberto "Pepe" Mujica Cordano dilahirkan pada 20 Mei 1935 di Montevideo, Uruguay.

Mujica ialah bekas pejuang gerila dan ahli parti berhaluan kiri.

Mujica pernah menjawat jawatan Menteri Pertanian sejak tahun 2005 hingga 2008 dan kemudian menjadi Senator.

Sebagai calon parti Broad Front, Mujica memenangi Pilihan Raya Presiden 2009 dan menjawat jawatan Presiden Uruguay pada 1 Mac 2010.

José Mujica digelar sebagai 'Presiden termiskin di dunia' kerana tindakannya menyumbangkan 90 peratus daripada gaji bulanan sebanyak $12,000 kepada badan amal bagi manfaat orang-orang miskin dan usahawan kecil.

No comments: