Thursday, October 10, 2013

William Arthur Ward

"Hari yang mendung tidak dapat menandingi sikap yang ceria." - William Arthur Ward

William Arthur Ward ialah seorang penulis warga Amerika Syarikat.

Beliau dilahirkan di Lousiana, Amerika Syarikat pada tahun 1921 (tarikh yang sebenar tidak diketahui).

Beliau telah menyertai tentera pada tahun 1942. Bermula sebagai seorang prebet kemudian dinaikkan pangkat sebagai kapten berdasarkan pada pencapaian cemerlangnya.

William Arthur Ward melanjutkan pelajaran di Oklahoma State University dan memperolehi ijazah sarjana. Beliau kemudiannya cuba untuk mendapatkan ijazah doktor falsafah di University of Texas dan North Texas State University.

Pada tahun 1962, beliau telah menerima ijazah doktor dalam bidang undang-undang sebagai penghormatan dan pengiktirafan kepada beliau atas pencapaian profesional, sumbangan sastera dan perkhidmatan kepada masyarakat.

William Arthur Ward telah menulis pelbagai jenis esei dan artikel. Lebih daripada 100 buah karyanya telah disiarkan di dalam majalah seperti Reader's Digest, This Week, The Upper Room, Together, The Christian Advocate, The Adult Student, The Adult Teacher, The Christian Home, The Phi Delta Kappan, Science of Mind, The Methodist Layman, Sunshine dan Ideals.

Bukunya yang terkenal berjudul Fountains of Faith: The words of William Arthur Ward.

William Arthur Ward meninggal dunia pada 30 Mac 1994.

No comments: