Sunday, October 6, 2013

Norman Vincent Peale

"Empat perkara yang wajib bagi mencapai kejayaan; kerja keras, doa, pemikiran dan keyakinan." - Norman Vincent Peale

Norman Vincent Peale ialah seorang penulis dan penceramah motivasi warga Amerika Syarikat.

Beliau dilahirkan pada 31 Mei 1898 di Bowersville, Ohio, Amerika Syarikat.

Beliau dikenali sebagai pencetus idea untuk berfikir positif.

Antara buku-buku hasil tulisan beliau ialah The Art of Living (1937) dan The Power of Positive Thinking (1952).

Beliau pernah dianugerahkan The Presidential Medal of Freedom oleh Presiden Ronald Reagan pada tahun 1984 untuk sumbangannya dalam bidang teologi.

Norman Vincent Peale meninggal dunia pada 24 Disember 1993 di Pawling, New York, Amerika Syarikat ketika berusia 95 tahun.

No comments: