Sunday, September 1, 2013

Józef Piłsudski

"Meskipun telah ditakluki namun masih tidak menyerah, itu adalah kemenangan." - Józef Piłsudski.

Józef Piłsudski ialah seorang negarawan, tokoh revolusi dan panglima tertinggi warga Poland.

Nama penuhnya Józef Klemens Piłsudski dilahirkan pada 5 Disember 1867 di Zalavas, Lithuania sewaktu berada di bawah pemerintahan Empayar Rusia.

Beliau bertanggungjawab dalam pembentukan Republik Kedua Poland pada tahun 1918, 123 tahun selepas ia telah diambil alih oleh Rusia, Austria dan Jerman.

Di bawah Piłsudski, Poland merampas Vilnius dari Lithuania berikutan Dahagi Żeligowski bagaimanapun tidak mampu untuk menggabungkan kebanyakan tanah Lithuania ke dalam negeri baharu yang dibangunkan Poland.

Beliau ingin membentuk negara Poland yang mempunyai pelbagai kaum etnik dan kepercayaan agama.

Lawannya iaitu Roman Dmowski sebaliknya ingin membentuk negara Poland berdasarkan agama Kristian Katolik dengan peranan kecil untuk golongan minoriti.

Pada awal kerjaya politiknya, Piłsudski menjadi pemimpin Parti Sosialis Poland.

Menyimpulkan bahawa kemerdekaan Poland dapat dicapai dengan paksaan, beliau telah membentuk Polish Legions.

Pada tahun 1914, beliau menjangkakan meletusnya Perang Eropah, kekalahan Empayar Rusia oleh Kuasa-Kuasa Tengah dan kekalahan Kuasa-Kuasa Tengah oleh kuasa-kuasa Barat.

Apabila Perang Dunia Pertama meletus, beliau dan tenteranya telah berjuang di bawah kawalan tentera Austria menentang Rusia.

Pada tahun 1917, dengan kekalahan teruk Rusia di dalam perang, beliau telah menarik balik sokongan dari Kuasa-Kuasa Tengah dan telah ditangkap oleh Jerman.

Dari bulan November 1918, apabila Poland mendapat kemerdekaan, Piłsudski menjadi Ketua Negara sehingga tahun 1922.

Mulai tahun 1919 hingga 1921, Piłsudski telah melibatkan tentera Poland dalam enam buah peperangan sempadan yang telah membentuk negara Poland.

Angkatan tenteranya hampir dikalahkan dalam Perang Poland-Soviet apabila mereka bertempur dalam Pertempuran Warsaw pada bulan Ogos 1920. Dengan 'keajaiban Vistula' mereka telah berjaya mengusir lima tentera Rusia dan menyelamatkan Poland.

Pada tahun 1923, dengan kerajaan yang dikuasai oleh parti lawan iaitu National Democrats, Piłsudski menarik diri dari sebarang kegiatan politik.

Tiga tahun kemudian, beliau kembali dengan rampasan kuasa pada bulan Mei 1926 dan menjadi orang kuat (dalam amalan diktator) negara Poland.

Józef Piłsudski meninggal dunia pada 12 Mei 1935 akibat penyakit kanser hati di Istana Belweder, Warsaw Poland.

No comments: