Wednesday, August 28, 2013

Putera Charles

"Perubahan cuaca tidak semestinya satu kebinasaan, ia juga satu peluang." - Putera Charles*.

Putera Charles atau nama penuhnya Charles Philip Arthur George Mountbatten-Windsor ialah putera sulung kepada Ratu Elizabeth II dan Putera Philip, Duke Edinburgh.

Putera Charles dilahirkan pada 14 November 1948 di Istana Buckingham, London, England.

Putera Charles dimahkotakan sebagai Prince of Wales dan Earl of Chester pada 26 Julai 1958.

Putera Charles mengahwini Lady Diana Spencer pada 29 Julai 1981 dan mendapat dua orang putera iaitu Putera William Arthur Philip Louis dan Putera Henry Charles Albert David.

Perkahwinan Putera Charles bersama Lady Diana bagaimanapun berakhir dengan perceraian pada 28 Ogos 1996 dan Lady Diana kemudiannya terbunuh dalam kemalangan kereta di Paris, Perancis pada 31 Ogos 1997.

Putera Charles kemudiannya mengahwini Camilla Parker Bowles pada 9 April 2005.



*Petikan daripada buku Berani Tanpa Segan tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad.

No comments: