"Muhasabah ialah membezakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak akan kembali." - Ibnu Qayyim
Ibnu Qayyim ialah seorang cendikiawan Islam, Imam Sunni, ahli fiqh, ahli tafsir, ahli hadis, penghafal al-Quran dan seorang mujtahid.
Nama sebenarnya ialah Syamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Abu Bakar Ayub bin Saad bagaimanapun lebih dikenali sebagai Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah.
Belliau dilahirkan pada 4 Februari 1292 bersamaan tahun 691 Hijrah di Damsyik.
Ayahnya merupakan seorang guru di Madrasah al-Jauziyah di Damsyik yang dikenali sebagai Qayyim al-Jauziyah.
Ibnu Qayyim ialah salah seorang murid dan pengikut Ibnu Taimiyah.
Ibnu Qayyim bermazhab Hanbali.
Ibnu Qayyim juga adalah seorang pemikir dan berpendapat ijtihad harus berkembang selaras dengan perkembangan masa.
Ibnu Qayyim bersama gurunya Ibnu Taimiyah telah mengecam dengan keras sikap taklid ulama pada zamannya dan Ibnu Qayyim juga sering bertentangan pendapat dengan ulama-ulama pada waktu itu sehingga beberapa kali beliau dipenjarakan atas tuduhan membawa ajaran songsang atau sesat.
Ibnu Qayyim juga telah menghasilkan beberapa karya yang dijadikan panduan oleh orang ramai seperti kitab al-'Allamul Muqi'in, at-Turuq al-Hikmiyyah, Syafaul Alil, Miftahus Sa'adah, Zadul Maad dan at-Tibyan.
Ibnu Qayyim meninggal dunia pada 23 September 1350 bersamaan 13 Rejab 751 Hijrah ketika berusia 60 tahun.
No comments:
Post a Comment