"Perkataan toyyiba itu membawa maksud baik, bermanfaat dan elok dari segi tabiat dan syarak." - Ibnu Kathir
Ibnu Kathir ialah seorang hafiz yang terkemuka, ahli sejarah, ahli fiqah dan tafsir yang disegani.
Nama penuhnya Imaduddin Abul Fidak Ismail bin Umar bin Kathir al-Basarawi dilahirkan di Syam pada tahun 1302 Masihi bersamaan 701 Hijrah.
Beliau telah menulis banyak kitab tafsir antaranya seperti Tafsir Ibnu Kathir dan al-Bidayah wan-Nihayah.
Ibnu Kathir meninggal dunia pada tahun 1373 Masihi bersamaan 774 Hijrah.
No comments:
Post a Comment