"Ketika anak telah mendapat asuhan ibunya, maka ajarkanlah ia adab-adab Islam sebelum ia diserang oleh nilai-nilai yang buruk." - Ibnu Sina
Ibnu Sina ialah seorang tokoh ilmuan Islam yanng terkenal. Beliau juga adalah seorang ahli falsafah dan sarjana ilmu perubatan yang ulung. Di kalangan cendikiawan Barat beliau dikenali sebagai Avicenna.
Nama penuhnya ialah Abu Ali al-Hussein bin Abdullah bin Sina dilahirkan di Afshana berhampiran Bukhara, Uzbekistan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi.
Ibnu Sina mendapat pendidikan awal di Bukhara.
Beliau telah menghasilkan beberapa buku dalam bidang perubatan yang menjadi rujukan para doktor termasuk dari Barat. Antara karya-karyanya ialah al-Qanun, an-Najab, As-Syifa dan al-Isyarat.
Ibnu Sina meninggal dunia di Hamadan, Iran pada tahun 428 Hijrah bersamaan 1037 Masihi ketika berusia 57 tahun.
No comments:
Post a Comment