"Suara anak muda yang cintakan keamanan, kestabilan dan kemajuan untuk masa depan yang lebih hebat diperlukan dan bukannya suara yang mahukan huru-hara dan kerosakan." - Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Kosmo! 14 April 2013
Untuk membaca biodata ringkas tentang Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, sila klik sini.
Sunday, June 30, 2013
Monday, June 24, 2013
Imam al-Ghazali 3
"Menerusi lidah akan berlakulah pendustaan atau pembohongan, buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, bertelingkah, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan." - Imam al-Ghazali
Untuk membaca biodata ringkas tentang Imam al-Ghazali, sila klik sini.

Sunday, June 23, 2013
Imam al-Ghazali 2
"Bahawa penghalang antara manusia dengan tuhannya banyak bersangkut paut dengan urusan mencari rezeki, dimana tidak sempurna urusannya dengan Allah SWT disebabkan dia terkejar-kejar mencari rezeki." - Imam al-Ghazali
Untuk membaca biodata ringkas tentang Imam al-Ghazali, sila klik sini.
Untuk membaca biodata ringkas tentang Imam al-Ghazali, sila klik sini.
Wednesday, June 19, 2013
Prof. Datuk Dr. Sidek Baba 7
"Generasi muda perlu menilai rekod baik kerajaan sekarang serta susah payah generasi dulu membangunkan negara demi meningkatkan taraf hidup rakyatnya." - Prof. Datuk Dr. Sidek Baba
Untuk membaca biodata ringkas tentang Prof. Datuk Dr. Sidek Baba, sila sila klik sini.

Tuesday, June 18, 2013
Tun Dr. Mahathir Mohamad 4
"Dulu walaupun Melayu tak ada senjata, tak kuat, miskin, tak ada pelajaran tinggi tetapi oleh sebab kita bersatu padu tanpa perpecahan memberikan kekuatan pada kita menyebabkan kita mampu menundukkan British." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, Berita Harian 16 April 2013
Untuk membaca biodata ringkas tentang Tun Dr. Mahathir Mohamad, sila klik sini.

Monday, June 17, 2013
Abraham Lincoln
"Sesekali, anda boleh memperbodohkan semua orang atau sesetengah orang sepanjang masa, tetapi anda tidak boleh memperbodohkan semua orang setiap masa." - Abraham Lincoln
Abraham Lincoln ialah Presiden Amerika Syarikat yang ke-16.
Beliau dilahirkan di Kentucky, Amerika Syarikat pada 12 Februari 1809.
Ayahnya Thomas Lincoln merupakan seorang tukang kayu. Abraham Lincoln kehilangan ibunya sejak usia muda, namun ayahnya telah berkahwin lagi dan Abraham Lincoln sangat menyayangi ibu tirinya.
Apabila remaja Abraham Lincoln menjadi seorang pemuda yang tinggi dan tegap. Bagaimanapun pakaiannya selalu berpadanan dengan tubuhnya. Baju dan seluarnya agak singkat dan kelihatan seperti tergantung. Tiada siapa menyangka bahawa seorang pemuda yang berpakaian selekeh dan singkat akan menjadi seorang pemimpin yang berpengaruh suatu hari nanti.
Pertama kali Abraham Lincoln menyaksikan perhambaan adalah sewaktu beliau ke New Orleans pada tahun 1828 atas urusan pekerjaan. Apabila beliau mengunjungi bandar itu untuk kali yang kedua beliau berjanji kepada dirinya untuk menghapuskan sistem perhambaan di Amerika Syarikat.
Abraham Lincoln tidak mendapat pendidikan secara formal, tetapi beliau rajin belajar membaca dan menulis hingga akhirnya beliau berjaya menjadi seorang peguam.
Pada permulaan kariernya, Abraham Lincoln dilantik menjadi Ahli Parlimen untuk daerah Illinois pada tahun 1834 dan dipilih untuk kali kedua dan kali ketiga pada tahun 1838 dan 1840.
Pada tahun 1842 Abraham Lincoln telah membuka sebuah firma perundangan bersama seorang sahabatnya iaitu William H. Herndon. Persahabatan mereka bertahan sehingga ke akhir hayat Lincoln. Herndon juga adalah penulis biografi Lincoln setelah Lincoln meninggal dunia.
Pada tahun 1846 Abraham Lincoln telah terpilih untuk menjadi anggota Kongres. Bagaimanapun, keanggotaannya tidak lama apabila beliau mengusulkan undang-undang untuk menghapuskan perhambaan di wilayah Columbia (District of Columbia).
Disebabkan kecewa, Abraham Lincoln kembali menguruskan firma perundangannya. Beliau menghentikan aktiviti politiknya buat sementara waktu bagaimanapun beliau telah dikenali umum sebagai seorang peguam yang jujur.
Pada tahun 1854, Abraham Lincoln kembali ke dunia politik dan memperjuangkan isu perhambaan. Bagaimanapun, Lincoln terpaksa bersaing dengan Stephen Douglas yang cuba untuk mengalahkan pihak Selatan Amerika Syarikat yang menyokong perhambaan sementara pihak Utara menentangnya. Abraham Lincoln tidak menyangka bahawa separuh daripada warga Amerika Syarikat mempertahankan isu perhambaan.
Abraham Lincoln telah tewas pada pusingan pertama menentang Stephen Douglas untuk merebut Kerusi Senat Amerika Syarikat. Namun, pada tahun 1860, Abraham Lincoln telah menjadi calon Presiden untuk Parti Republican.
Sementara itu, Parti Democrat menyerang dan mencela Lincoln habis-habisan. Namun akhirnya, Abraham Lincoln telah terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat. Empat hari setelah beliau dipilih sebagai Presiden, negeri-negeri di wilayah Selatan telah bertindak keluar daripada Kesatuan Amerika Syarikat.
Negeri-negeri tersebut kemudiannya membentuk konfederasi mereka sendiri. Abraham Lincoln merasa sedih akan perpecahan tersebut dan berusaha untuk memperbaikinya. Bagaimanapun, konflik antara pihak Utara dan Selatan semakin memuncak sehingga akhirnya Perang Saudara Amerika meletus. Pada 12 April 1861, pihak Selatan telah menyerang Fort Sunter.
Pada bulan November 1863 dalam pertempuran di Gettysburg, Abraham Lincoln telah menyampaikan ucapan yang telah menjadi sejarah. Ucapan tersebut berbunyi:
"Lahirnya sebuah negara baru, yang diasaskan pada kebebasan yang berpegang pada pengiktirafan bahawa semua manusia adalah sama."
Ucapan Lincoln di Gettysburg ini telah menegaskan akan dua prinsip iaitu kebebasan dan kesaksamaan di mana kedua-dua prinsip ini menjadi asas kepada pentadbiran Amerika Syarikat.
Pada 14 April 1865, Presiden Abraham Lincoln telah ditembak secara dekat sewaktu menonton teater bersama isterinya di Ford's Theater, Washington D.C. Beliau telah ditembak oleh John Wilkes Booth, seorang pelakon yang juga seorang penyokong konfederasi Selatan.
Abraham Lincoln meninggal dunia pada 15 April 1865 sewaktu berusia 58 tahun dan menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama meninggal dunia akibat dibunuh. Andrew Johnson kemudiannya menggantikan beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-17.

Wednesday, June 12, 2013
Ibn Battuta
"Aku memang - segala puji, bagi Tuhan - telah mencapai hasratku di dunia ini, iaitu merantau ke seluruh dunia, dan aku telah mencapai apa yang orang lain, sepanjang pengetahuanku, belum pernah mencapainya." - Ibn Battuta
Ibn Battuta ialah seorang pelayar dan pengembara bangsa Arab yang terkenal.
Nama penuhnya ialah Muhammad Abdullah al-Lawati at-Tanji dilahirkan di Tangiers, Maghribi pada tahun 702 Hijrah bersamaan 1304 Masihi.
Beliau telah mengembara hampir 30 tahun ke seluruh pelusuk dunia dan telah sampai ke Afrika Barat, Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China.
Ketika berusia 22 tahun beliau telah menunaikan haji di Mekah. Sewaktu di Mekah beliau telah mengambil kesempatan untuk menuntut ilmu. Beliau telah mengkaji ilmu geografi dan mencetuskan keinginannya untuk menjelajah dunia bagi mendalami pengetahuannya.
Sepanjang pengembaraannya Ibn Battuta telah mencatatkan setiap penemuan seperti keadaan muka bumi tempat yang dilawatinya dan juga peristiwa-peristiwa yang berlaku di tempat tersebut.
Pada tahun 1355 Masihi Ibn Battuta mula menyusun setiap catatan perjalanannya untuk dibukukan. Buku tersebut diberi judul Tuhfatun Nazar Fi Gharibul Amsar wa-Ajaibul Asfar atau pun lebih dikenali dengan nama ringkasnya Rihla yang bermaksud Perjalanan.
Buku Rihla telah menjadi rujukan kepada pengembara Barat yang mengkaji geografi dan sejarah tempat-tempat yang telah dilawat oleh Ibn Battuta.
Ibn Battuta meninggal dunia pada tahun 779 Hijrah bersamaan 1337 Masihi.

Sunday, June 9, 2013
Syeikh Ahmad Zarruq
"Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada sifat redha nafsu atau berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkannya menjadi pahlawan. Oleh itu lazimlah diri dengan senantiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang betul tanpa bertolak ansur terhadap perkara-perkara yang salah." - Syeikh Ahmad Zarruq
Syeikh Ahmad Zarruq ialah seorang Sheikh Sufi Tarekat Shadhili.
Nama penuhnya Sheikh Shihab al-Din Abu al-Abbas Ahmed b Ahmed b Muhammad b Isa al-Barnusi al-Fasi Zarruq dilahirkan pada tahun 846 Hijrah bersamaan 1442 Masihi di daerah Tiliwan, Maghribi.
Beliau hidup sezaman dengan Muhammad al-Jazuli atau lebih dikenali sebagai Imam al-Jazuli.
Nama Zarruq bermaksud biru dan Syeikh Ahmad Zarruq mempelajari ilmu sains tradisional Islam, bahasa Arab, sunnah Rasul dan menulis tentang beberapa perkara mengenai Islam.
Karyanya yang terkenal berjudul Qawa’id al-Tasawwuf yang bermaksud Prinsip Sufisme.
Beliau juga pernah menulis tentang Mazhab Maliki dan juga komentarnya tentang karya Ibn 'Ata Allah berjudul Hikam.
Syeikh Ahmad Zarruq telah merantau ke Mekah dan Mesir sebelum bermastautin di Misrata, Libya dan meninggal dunia di sana pada tahun 899 Hijrah bersamaan 1493 Masihi.

Thursday, June 6, 2013
al-Mawardi 2
"Sesungguhnya pemimpin yang kehendaki ialah mereka yang tinggi budi pekerti dan akhlak yang merangkumi ciri takwa dan warak, mereka ini seorang yang sentiasa bercakap benar, amanah, bersih diri dari perkara haram dan meragukan, sentiasa tenang dalam keadaan biasa dan marah, kualiti maruahnya dihayati dalam semua urusan agama dan dunia." - al-Mawardi
Untuk membaca biodata ringkas tentang al-Mawardi, sila klik sini.

Wednesday, June 5, 2013
al-Mawardi
"Pemerintahan adalah satu amanah dan disyariatkan bagi mengantikan tugas kenabian dalam memelihara agama dan mentadbir urusan dunia umat Islam. Ijmak ulama menetapkan bahawa melantik pemerintah yang mampu melaksanakan tanggungjawab pemerintah dikalangan umat Islam hukumnya adalah wajib." - al-Mawardi
Imam al-Mawardi ialah seorang ulama fiqah mazhab Syafie yang berpengetahuan luas dalam bidang hadis.
Nama penuhnya ialah Abu Hasan Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi dilahirkan di Basrah pada tahun 974 Masihi bersamaan 364 Hijrah.
Beliau telah mempelajari ilmu fiqah daripada asy-Syaimari di Basrah kemudian melanjutkan pelajarannya bersama Abu Hamid al-Isfarayini.
Beliau telah dilantik menjadi ketua kadi pada masa pemerintahan Khallifah al-Qadir sekitar tahun 38-423 Hijrah.
al-Mawardi meninggal dunia pada tahun 1058 Masihi bersamaan 450 Hijrah ketika berusia 86 tahun.

Monday, June 3, 2013
Ibnu Taimiyyah 2
"Perlu diketahui tanggungjawab memerintah adalah sebahagian daripada kewajipan agama yang paling besar, malah agama tidak dapat ditegakkan tanpa pemerintah. Ini adalah kerana manusia perlu berkumpul dalam memenuhi keperluan hidup mereka dan perkumpulan itu memerlukan adanya ketua." - Ibnu Taimiyah
Untuk membaca biodata ringkas tentang Ibnu Taimiyah, sila klik sini.

Sunday, June 2, 2013
Ibnu Taimiyyah
"Sunnah Rasulullah datang dengan membawa ajaran untuk menghindari kekotoran yang ada pada tubuh badan manusia, sebagaimana dia juga datang dengan membawa ajaran bagi menghindari kekotoran rohani." - Ibnu Taimiyyah
Ibnu Taimiyah ialah seorang ulama besar yang bergelar Syeikhul Islam, Mujaddid al-Ummah (pembaharu umat Islam) dan Imamul Ulama (pemimpin para ulama).
Nama penuhnya ialah Taqiyuddin Abdul Abbas bin Abdul Halim bin Abdus Salam bin Taimiyah al-Hanbali dilahirkan di Harran, Turki pada 22 Januari 1263 Masihi bersamaan 10 Rabiul Awal 661 Hijrah.
Ibnu Taimiyah telah memberi pelajaran dan fatwa sejak berusia 20 tahun.
Ibnu Taimiyah mendapat gelaran Hujjatul Islam kerana berani berhadapan dan bersemuka dengan orang yang tidak sealiran dengannya. Beliau dapat mematahkan hujah-hujah lawan dengan baik dan berjaya mempertahankan prinsip-prinsip Islam yang dianggapnya sudah menyeleweng pada zamannya.
Ibnu Taimiyah akhirnya dipenjara kerana keberaniannya menghadapi pemerintah dalam menegakkan prinsipnya.
Ibnu Taimiyah banyak menulis dan antara karya-karyanya yang terkenal seperti Minhajus Sunnah an-Nabawiyah, al-Jawabus Salih, at-Tawassul wal-Wasilah, Bayanud Dalil 'Ala Butlanit Tahlil, Iqtidhah Siratal Mustaqim, Raful Malam, as-Siasatus Syar'iyah, Syarah al-Muharrar, Syarah al-'Umdah, al-Fatawa dan Risalah al-Hamawiyyah.
Ibnu Taimiyah meninggal dunia pada tahun 1328 Masihi bersamaan 728 Hijrah di Damsyik ketika berusia 67 tahun.

Subscribe to:
Posts (Atom)