Wednesday, June 5, 2013

al-Mawardi

"Pemerintahan adalah satu amanah dan disyariatkan bagi mengantikan tugas kenabian dalam memelihara agama dan mentadbir urusan dunia umat Islam. Ijmak ulama menetapkan bahawa melantik pemerintah yang mampu melaksanakan tanggungjawab pemerintah dikalangan umat Islam hukumnya adalah wajib." - al-Mawardi

Imam al-Mawardi ialah seorang ulama fiqah mazhab Syafie yang berpengetahuan luas dalam bidang hadis.

Nama penuhnya ialah Abu Hasan Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi dilahirkan di Basrah pada tahun 974 Masihi bersamaan 364 Hijrah.

Beliau telah mempelajari ilmu fiqah daripada asy-Syaimari di Basrah kemudian melanjutkan pelajarannya bersama Abu Hamid al-Isfarayini.

Beliau telah dilantik menjadi ketua kadi pada masa pemerintahan Khallifah al-Qadir sekitar tahun 38-423 Hijrah.

al-Mawardi meninggal dunia pada tahun 1058 Masihi bersamaan 450 Hijrah ketika berusia 86 tahun.

No comments: