Wednesday, June 12, 2013

Ibn Battuta

"Aku memang - segala puji, bagi Tuhan - telah mencapai hasratku di dunia ini, iaitu merantau ke seluruh dunia, dan aku telah mencapai apa yang orang lain, sepanjang pengetahuanku, belum pernah mencapainya." - Ibn Battuta

Ibn Battuta ialah seorang pelayar dan pengembara bangsa Arab yang terkenal.

Nama penuhnya ialah Muhammad Abdullah al-Lawati at-Tanji dilahirkan di Tangiers, Maghribi pada tahun 702 Hijrah bersamaan 1304 Masihi.

Beliau telah mengembara hampir 30 tahun ke seluruh pelusuk dunia dan telah sampai ke Afrika Barat, Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China.

Ketika berusia 22 tahun beliau telah menunaikan haji di Mekah. Sewaktu di Mekah beliau telah mengambil kesempatan untuk menuntut ilmu. Beliau telah mengkaji ilmu geografi dan mencetuskan keinginannya untuk menjelajah dunia bagi mendalami pengetahuannya.

Sepanjang pengembaraannya Ibn Battuta telah mencatatkan setiap penemuan seperti keadaan muka bumi tempat yang dilawatinya dan juga peristiwa-peristiwa yang berlaku di tempat tersebut.

Pada tahun 1355 Masihi Ibn Battuta mula menyusun setiap catatan perjalanannya untuk dibukukan. Buku tersebut diberi judul Tuhfatun Nazar Fi Gharibul Amsar wa-Ajaibul Asfar atau pun lebih dikenali dengan nama ringkasnya Rihla yang bermaksud Perjalanan.

Buku Rihla telah menjadi rujukan kepada pengembara Barat yang mengkaji geografi dan sejarah tempat-tempat yang telah dilawat oleh Ibn Battuta.

Ibn Battuta meninggal dunia pada tahun 779 Hijrah bersamaan 1337 Masihi.

No comments: