Thursday, October 18, 2012

Datuk Seri Dr. Mohd Najib Tun Abdul Razak

"Tidak ada yang mustahil jika kita mampu mengimpikannya, sesungguhnya hari-hari yang terbaik kita masih berada di hadapan kita bukannya sudah tinggal dalam lipatan sejarah." - Datuk Seri Dr. Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6

Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ialah Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang.

Beliau merupakan anak kepada Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-2.

Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah di St. John's Institution, Kuala Lumpur. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya di Malvern Boy's College, Worcestershire, England dan seterusnya di Universiti Nottingham. Beliau menerima ijazah dalam ekonomi perindustrian pada tahun 1974.

Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak menjadi Ahli Parlimen Pekan pada tahun 1976 setelah memenangi kerusi Parlimen Pekan tanpa bertanding. Ketika itu beliau baru berusia 23 tahun.

Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak menjadi Menteri Besar Pahang pada tahun 1982 dan merupakan Menteri Besar yang termuda kerana dilantik ketika baru berusia 29 tahun.

Pada tahun 1986 beliau telah dilantik menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sewaktu menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan beliau telah berjaya menganjurkan Sukan SEA di Kuala Lumpur dan atlet negara juga telah mencatatkan pencapaian membanggakan dalam temasya tersebut.

Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak kemudian dilantik menjadi Menteri Pertahanan pada tahun 1990.

Pada tahun 1995 beliau telah memegang jawatan Menteri Pelajaran pula dan telah memperkenalkan Akta Pelajaran 1996.

Dalam Pilihanraya Umum 1999, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak hanya memperoleh majoriti undi sebanyak 241 undi bagi Parlimen Pekan. Keputusan itu telah mengejutkan ramai pihak kerana beliau mendapat majoriti lebih 10,000 undi dalam Pilihanraya Umum yang sebelumnya.

Beliau kembali memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan pada tahun 2000 dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2004.

Dalam Pilihanraya Umum 2008, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah memenangi kerusi Parlimen Pekan dengan majoriti lebih besar iaitu 26,464 undi.

Beliau kemudian mengambil alih jawatan Menteri Kewangan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada bulan September 2008.

Pada bulan Mac tahun 2009 Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Presiden UMNO setelah memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding.

Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2009 menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau masih lagi memegang jawatan Menteri Kewangan.



No comments: