Sunday, March 16, 2014

Khairy Jamaluddin Abu Bakar

"Apa yang penting adalah semangat demokrasi mesti kita hormati tetapi pada masa sama prinsip perpaduan itu juga kena jaga." - Khairy Jamaluddin Abu Bakar*.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar ialah seorang ahli politik warga Malaysia.

Beliau dilahirkan pada 10 Januari 1976 di Kuwait City, Kuwait.

Beliau merupakan anak kepada diplomat Malaysia iaitu Dato' Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy mendapat pendidikan peringkat menengah di United World College of South East Asia di Singapura dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Oxford dan University College London di United Kingdom.

Sewaktu di Oxford, beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi. Pada tahun 1998, beliau menerima Ijazah Sarjana untuk Teori Undang-Undang dan Politik di University College London.

Setelah menamatkan pengajian, beliau telah menjadi seorang wartawan dan pernah menjadi pengacara untuk program televisyen Dateline Malaysia.

Beliau juga pernah menjadi wartawan untuk majalah The Economist pada tahun 1999.

Khairy Jamaluddin juga pernah menjadi Pegawai Khas di pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Beliau juga menjadi Timbalan Setiausaha Sulit Tun Abdullah Ahmad Badawi daripada tahun 2003 hingga 2004.

Khairy Jamaluddin mengahwini Nori Abdullah pada bulan Oktober 2001. Nori Abdullah merupakan anak perempuan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sejak tahun 2008, Khairy Jamaluddin telah menjadi ahli Parlimen Malaysia mewakili kawasan Rembau, Negeri Sembilan.

Beliau juga merupakan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional dan Ketua Pemuda UMNO.

Selepas berjaya mengekalkan kerusi Parlimen di Rembau dalam Pilihan Raya Umum 2013, beliau telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Di peringkat akar umbi UMNO, beliau telah memegang jawatan Timbalan Pengerusi di bahagian Rembau setelah menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti 2013.


*Utusan Malaysia

Thursday, February 13, 2014

Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak 7

"Saya percaya bahawa kejayaan sesebuah negara itu adalah diukur dengan melihat pada status golongan wanita." - Datuk Seri Najib Tun Razak*


Untuk membaca biodata ringkas tentang Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, sila klik sini.



sumber: *Utusan Malaysia

Sunday, February 2, 2014

Tun Dr. Mahathir Mohamad 10

"Mungkin Melayu tidak akan hilang di dunia tetapi apakah jenis Melayu yang tidak hilang ini? Dan apakah nasib UMNO? Ia akan jadi cerita dongeng dalam buku kanak-kanak di zaman akan datang." - Tun Dr. Mahathir Mohamad*


sumber: Utusan Malaysia

Untuk membaca biodata ringkas tentang Tun Dr. Mahathir Mohamad, sila klik sini.

Sunday, January 12, 2014

Tan Sri Lee Lam Thye 3

"Harmoni boleh dicapai bila setiap rakyat fahami dan laksanakan tanggungjawab masing-masing, serta menjauhkan diri daripada isu-isu sensitif." - Tan Sri Lee Lam Thye*

Untuk membaca biodata ringkas tentang Tan Sri Lee Lam Thye, sila klik sini.





*sumber: Utusan Malaysia

Monday, December 30, 2013

Tun Dr. Mahathir Mohamad 9

"Bukan sesuatu yang mustahil untuk umat Islam di negara ini bersatu di bawah satu parti seperti yang pernah berlaku semasa menentang pelaksanaan Malayan Union oleh penjajah British dahulu." - Tun Dr. Mahathir Mohamad*

*sumber: Utusan Malaysia

Untuk membaca biodata ringkas tentang Tun Dr. Mahathir Mohamad, sila klik sini.

Thursday, December 12, 2013

Tan Sri Abdul Aziz Tapa

"Dalam perjuangan politik, wadah untuk agama, bangsa dan tanah air merupakan perkara yang paling utama berbanding kepentingan, hajat dan kemahuan peribadi." - Tan Sri Abdul Aziz Tapa*

Tan Sri Datuk Wira Abdul Aziz Tapa ialah seorang tokoh politik warga Malaysia.

Tan Sri Datuk Wira Abdul Aziz bin Tapa dilahirkan pada 13 Jun 1928 di Kampong Rim, Jasin, Melaka.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jasin pada usia tujuh tahun.

Pada tahun 1938, beliau lulus Darjah 6 dan setahun kemudian beliau telah diterima untuk belajar di Maktab Perguruan Sultan Idris (kini UPSI) di Tanjong Malim, Perak.

Bagaimanapun, pengajian beliau telah terhenti akibat meletusnya Perang Dunia Kedua dan beliau telah dihantar ke Port Dickson untuk menyertai Pasukan Tentera Sukarela Persekutuan Tanah Melayu.

Beliau berkata bahawa beliau bernasib baik kerana ditempatkan sebagai Polis Rejimen (RP) di kem Port Dickson selepas tamat latihan.

Sebagai tentera sukarela, beliau tidak terikat dengan undang-undang tentera dan memilih untuk meninggalkan perkhidmatan apabila Jepun telah mengawal sepenuhnya Malaya dan Singapura.

Beliau kemudiannya belajar bahasa Jepun selama tiga bulan di Sekolah Jepun dan menjadi seorang guru sains.

Tan Sri Datuk Wira Abdul Aziz Tapa kembali menyambung pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris dari tahun 1945 hingga 1947.

Dalam kerjaya perguruan, beliau telah menerima latihan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dalam bidang seni dan kfartangan.

Beliau telah mengajar di beberapa sekolah rendah dan menengah di Melaka, dan memegang jawatan seperti Naib Pengetua dan Pengetua.

Pada tahun 1974 beliau telah bersara dari bidang perguruan dan memberi tumpuan pula kepada bidang politik.

Kerjaya politiknya telah bermula pada tahun 1946 dengan menyertai Persatuan Melayu Johor cawangan Melaka yang dianjurkan oleh Dato' Onn Jaafar.

Semasa Kongres Melayu Ketiga pada 11 Mei 1946, parti UMNO telah ditubuhkan secara rasminya.

Dengan tertubuhnya UMNO, Persatuan Melayu Johor secara automatik telah dibubarkan dan semua ahli-ahlinya termasuk Tan Sri Datuk Wira Abdul Aziz Tapa menjadi ahli UMNO.

Beliau aktif dalam aktiviti Pemuda UMNO Melaka sehingga tahun 1957.

Pada penghujung tahun 1957, Kongres Kebudayaan Melayu yang pertama telah diadakan di Melaka.

Sebagai Bendahari Kongres, Tan Sri Datuk Wira Abdul Aziz Tapa bekerja keras mencari sumber kewangan yang diperlukan untuk membiayai pergerakan kongres.

Sejak itu, beliau terus menumpukan kepada aktivitinya untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan melalui Persatuan Sastera dan Kebudayaan terutamanya melalui Solidariti Literasi Melayu di mana beliau adalah ahlinya sejak tahun 1952.

Kesetiaan Tan Sri Datuk Wira Abdul Aziz Tapa terhadap UMNO tidak pernah goyah walaupun beliau tidak aktif di dalam parti untuk beberapa ketika.

Apabila UMNO bahagian Jasin dirombak pada tahun 1972, Tan Sri Datuk Wira Abdul Aziz Tapa menghidupkan semula kerjaya politiknya dengan menjadi Pengerusi Tetap UMNO bahagian Jasin.

Pada tahun 1974, Tan Sri Datuk Wira Abdul Aziz Tapa telah dipilih sebagai Timbalan Ketua bahagian Jasin dan pada tahun 1978 beliau menjadi Naib Ketua UMNO Bahagian.

Beliau menjadi Bendahari UMNO Melaka selama sembilan tahun berturut-turut sejak tahun 1978 hingga 1986.

Aziz Tapa merupakan seorang yang kreatif.Beliau berbakat dalam seni lukis, seni bina dan reka, seni tari, seni dalam penulisan budaya sastera dan sebagainya.

Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Kebudayaan Kebangsaan (1972-1996), Ahli Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara (1976-1988), Pengerusi Persatuan Peladang Malaysia (1979-1986) dan Ahli Lembaga Pengarah MARA (1975-1977).



*sumber: Utusan Malaysia, Arkib Negara, wikipedia

Wednesday, December 11, 2013

Dato' Nooh Gadot

"Bagi tujuan mentadbir sesebuah negara, penting seseorang pemimpin itu dipilih dalam kalangan mereka yang berperibadi tinggi termasuk dari sudut agama, akhlak dan ilmunya." - Dato' Nooh Gadot*

Dato' Haji Nooh bin Gadot ialah seorang tokoh agama Islam warga Malaysia.

Beliau dilahirkan pada 7 November 1946 di Segamat, Johor, Malaysia.

Beliau pernah menjawat jawatan Mufti bagi negeri Johor pada tahun 1999 sehingga tahun 2008.

Beliau juga menjadi Penasihat Agama Islam kepada DYMM Sultan Johor dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Dato' Haji Nooh bin Gadot ialah Ahli Majlis Diraja Johor dan Majlis Agama Islam Johor.

Beliau menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Islam dan Syariah Islamiah.

Beliau mendapat pendidikan Islam tinggi dari Institusi Maahad di Johor dalam jurusan As-Syahadah Al-Thanawiyyah, Sekolah Menengah Arab, Madrasah Al-Khairiyyah Al-Arabiyyah – As- Syahadah Al-Ibtidaiyyah, Segamat dan Sekolah Rendah Islam Negeri Johor.

Beliau juga menghadiri kursus mengenai Pengurusan Fatwa Darul Iffa di Kementerian Keadilan Mesir di bawah pengawasan Mufti Mesir iaitu Al-Ustaz Al-Kabeer Dr. Syed Muhammad Tantawi dan Pengurusan dan Pentadbiran Wakaf yang dianjurkan oleh Lembaga Wakaf Mesir.

Sebelum dilantik sebagai Mufti Johor pada tahun 1999, Dato' Haji Nooh telah dilantik sebagai Naib Mufti Johor dan Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pentadbiran Undang-Undang Syariah (Kadi).

Pengalaman luas beliau dalam amalan Islam dan fiqh, metodologi perundangan, hadis dan sains kerohanian telah diperolehi sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pemangku Kadi, Peguam Syarie, Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama (Jabatan Perdana Menteri), Pemangku Penolong Peperiksaan dan Pendaftar Sekolah Agama Negeri Johor dan Guru Agama Negeri Johor.

Beliau bersara wajib daripada jawatan Mufti Johor pada bulan November 2002 dan meneruskan khidmatnya sehingga 13 November 2008 dan kini kekal sebagai Penasihat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Sejak tahun 2001 sehingga kini, beliau aktif membentangkan kertas kerja dan idea dalam pelbagai isu yang berkaitan dengan agama yang membawa kesan ke dalam kehidupan sosial dan kerohanian masyarakat.

Dato' Haji Nooh bin Gadot telah dianugerahkan anugerah berprestij Maal Hijrah bagi negeri Johor pada tahun 2009.



*sumber: Utusan Malaysia.