Tuesday, December 10, 2013

Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Kita kena bertanya khabar mereka (rakyat) ini. Kena ambil tahu apa masalah mereka. Ini kerana, merekalah yang akan menentukan kemenangan kita." - Tan Sri Muhyiddin Yassin*

Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga Menteri Pelajaran Malaysia.

Beliau dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar, Johor, Malaysia.

Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen utama untuk parti gabungan Barisan Nasional.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dibesarkan di Johor dan menyertai perkhidmatan awam setelah menamatkan pangajian di universiti.

Beliau kemudiannya menjawat pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam.

Beliau menyertai politik pada tahun 1970-an dan telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Pagoh pada tahun 1978.

Selama beliau memegang jawatannya sebagai Ahli Parlimen, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan kemudiannya Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Johor dan sebagai Menteri Besar Johor dari tahun 1986 hingga 1995.

Beliau kembali ke arena politik persekutuan pada tahun 1995 dan telah dilantik ke dalam Kabinet sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Beliau telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Menteri dan Hal Ehwal Pengguna selepas Pilihan Raya Umum 1999 dan menjadi Naib Presiden UMNO pada tahun 2000.

Di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Muhyiddin dilantik menjadi Menteri Pertanian (2004 - 2008) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008 - 2009).

Pada tahun 2008, beliau telah memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO dan telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2009.

Sebagai Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin telah menamatkan penggunaan bahasa Inggeris untuk matapelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) di sekolah-sekolah.

Pada tahun 2013, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengekalkan kerusi Parlimen beliau di Pagoh, Johor, Malaysia.

Beliau juga mengekalkan kedudukannya sebagai Menteri Pelajaran dan juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


*sumber: Utusan Malaysia

No comments: