Tuesday, December 10, 2013

Stephen Hawking

"Musuh terbesar apa-apa pengetahuan sekalipun sebenarnya bukanlah kejahilan; tetapi ilusi daripada pengetahuan itu sendiri." - Stephen Hawking

Stephen Hawking ialah seorang ahli fizik, ahli kosmologi dan penulis bangsa Inggeris.

Nama penuhnya Stephen William Hawking dilahirkan pada 8 Januari 1942 di Oxford, England.

Beliau kini menjadi Pengarah Penyelidikan di Pusat Teori Kosmologi, Universiti Cambridge, United Kingdom.

Antara kerja-kerja saintifik yang telah dilakukannya adalah seperti kerjasama bersama Roger Penrose untuk teori ketunggalan graviti dalam rangka relativiti umum, dan teori bahawa lubang hitam (black hole) memancarkan radiasi yang digelar Radiasi Hawking.

Stephen Hawking adalah seorang Fellow Kehormat Royal Society of Arts, ahli seumur hidup Akademi Sains Pontifical dan penerima Pingat Kebebasan Presiden, anugerah tertinggi untuk masyarakat di Amerika Syarikat.

Stephen Hawking ialah Profesor Matematik Lucasian di Universiti Cambridge antara tahun 1979 dan 2009.

Stephen Hawking telah mencapai kejayaan dengan kerja-kerja sains popular di mana beliau membincangkan teori sendiri dan kosmologi secara umum; karya beliau A Brief History of Time telah menduduki carta best-sellers selama 237 minggu di British Sunday Times.

Stephen Hawking menghidap penyakit neuron motor yang berkaitan dengan amyotrophic lateral sclerosis (ALS).

Beliau lumpuh hampir keseluruhan badan dan terpaksa berkomunikasi melalui peranti penjanaan ucapan.

Beliau telah berkahwin sebanyak dua kali dan mempunyai tiga orang anak.

No comments: