Sunday, October 27, 2013

Usman Awang

"Perpaduan tidak memberi erti kalau sekadar dalam lafaz kata-kata semata. Perpaduan tidak wujud hanya dengan disuruh-suruh dan diseru-seru. Perpaduan harus diwujudkan atas kepentingan rakyat dan bukan kepentingan suatu pihak atau golongan saja." - Usman Awang

Usman Awang ialah Sasterawan Negara Malaysia.

Beliau turut dikenali dengan nama penanya Tongkat Warrant.

Usman Awang dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor.

Beliau hanya belajar setakat Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja.

Setelah tamat belajar beliau telah melakukan berbagai kerja antaranya seperti buruh paksa tentera Jepun, anggota polis dan wartawan.

Beliau pernah bekerja dengan Utusan Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sewaktu bekerja dengan syarikat akhbar dan penerbitan buku Usman Awang telah giat dalam bidang penulisan.

Antara karya-karya Usman Awang yang terkenal seperti sajak Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib Buruh, Bunga Popi, Gadis di Kuburan, Salam Benua, Jiwa Hamba, Tulang-tulang Berserakan, Matinya Seorang Pahlawan: Jebat, Tamu di Bukit Kenny, Degup Jantung dan drama muzikal Uda dan Dara.

Usman Awang telah menerima anugerah South East Asia (SEA) Write Award pada tahun 1982 dan setahun kemudiannya beliau dianugerahkan sebagai Sasterawan Negara.

Pada tahun 1991 Usman Awang telah menerima Darjah Kebesaran Dato' Paduka daripada Sultan Perak yang membawa gelaran Dato'.

Usman Awang meninggal dunia pada 29 November 2001 ketika berusia 72 tahun.

No comments: