Wednesday, May 15, 2013

Sayyid Ahmad ar-Rifaie

"Daripada perasaan takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah SWT." - as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie

Sayyid Ahmad ar-Rifaie ialah seorang ahli tasawwuf Islam dan ahli sufi yang terkemuka.  Ada juga yang berpendapat bahawa Sayyid Ahmad ar-Rifaie merupakan seorang wali Allah berdasarkan beberapa peristiwa ajaib dan aneh yang berlaku kepada dirinya dan persekitarannya.

Nama penuhnya ialah Sayyidi Ahmad bin Hazim bin Rafa'ah dilahirkan pada tahun 500 Hijrah di Maghribi kemudian berpindah bersama keluarganya ke Iraq dan akhirnya bermastautin di Madinah.

Sayyid Ahmad ar-Rifaie telah mempelajari ilmu fiqh Mazhab Syafie dan amat cenderung serta mahir dalam ilmu sufi.

Di kalangan pengikut-pengikutnya, beliau dikenali sebagai Al-Thoifah Al-Rifa'iyah kerana banyak perkara ajaib dan sukar hendak dijelaskan berlaku di hadapan mata mereka setiap kali mereka bersama dengan Sayyid Ahmad ar-Rifaie.

Antara perkara ajaib yang berlaku yang disaksikan oleh pengikut-pengikutnya ialah apabila Sayyid Ahmad ar-Rifaie menziarahi maqam Rasulullah SAW. Menurut para pengikutnya, sewaktu Sayyid Ahmad berada di hadapan maqam Rasulullah, muncul tangan dari dalam maqam tersebut (tangan Baginda Rasulullah SAW) lalu disambut oleh Sayyid Ahmad dan dikucupnya.

Sayyid Ahmad ar-Rifaie meninggal dunia atau wafat pada 12 Jamadil Awal 570 Hijrah. Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa beliau meninggal dunia pada 578 Hijrah.

Sumber:

No comments: