Thursday, May 16, 2013

Imam Nawawi

"Menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka, maka hukumnya haram." - Imam Nawawi

Imam Nawawi atau al-Nawawi ialah seorang tokoh pemikir Muslim dalam bidang fiqh dan hadis.

Nama penuhnya Abu Zakaria Mohiuddin Yahya Ibn Sharaf al-Nawawi dilahirkan di Nawa berhampiran Damsyik, Syria pada tahun 1234 Masihi bersamaan 631 Hijrah.

Imam Nawawi telah menguasai beberapa ilmu agama sejak berusia 19 tahun lagi.

Pada usia 25 tahun beliau telah menghasilkan beberapa karya berupa panduan kepada kaum Muslimin. Karya-karya tersebut seperti Minhajul Muhaddisin, Syarah Sahih Muslim, al-Majmuk, Syarah Muhazzab, Raudhatut Talibin, Tabaqatus Syafieyah, Bustanul Arifin dan lain-lain.

Imam Nawawi meninggal dunia pada tahun 1277 Masihi bersamaan 676 Hijrah dalam usia yang muda iaitu 44 tahun.

No comments: