Tuesday, May 21, 2013

Dr. Maurice Bucaille

"Sesungguhnya al-Quran terbukti keunggulannya dari sudut sains hanya di zaman sekarang setelah sains mencapai satu tahap yang agak tinggi." - Dr. Maurice Bucaille

Dr. Maurice Bucaille ialah seorang doktor perubatan warga Perancis dan pakar dalam bidang gastroenterologi.

Beliau dilahirkan di Pont-l'Évêque, Perancis pada 19 Julai 1920.

Pada tahun 1976 beliau telah menghasilkan sebuah buku berjudul The Bible, The Qur'an and Science yang menjelaskan bahawa di dalam Qur'an tidak terdapat sebarang percanggahan dengan penemuan-penemuan saintifik oleh ahli sains moden.

Dr. Maurice Bucaille juga mendapati bahawa bukti-bukti saintifik yang ditemui oleh ahli sains menepati dengan apa yang ditulis di dalam Qur'an sedangkan ia tidak ditemui di dalam Bible. Atas penemuan ini Dr. Maurice Bucaille juga mengakui bahawa al-Qur'an bukanlah sesuatu yang direka oleh manusia sebaliknya ia adalah wahyu daripada Tuhan.

Penemuan Dr. Maurice Bucaille digelar Bucaillism yang bermaksud kaitan antara sains dan agama khususnya Islam.

Dr. Maurice Bucaille meninggal dunia pada 17 Februari 1998.

No comments: