"Mencari ilmu itu lebih utama daripada mengerjakan amalan sunat." - Imam Syafie
Imam Syafie ialah seorang ulama mujtahid dalam bidang fiqah.
Nama penuhnya ialah Abu ʿAbdillah Muhammad ibn Idris al-Shafi‘i dilahirkan pada tahun 150 Hijrah bersamaan tahun 767 Masihi di Gaza, Palestin.
Beliau adalah pengasas Mazhab Syafie yang menjadi salah satu daripada empat mazhab yang diterima dalam Islam.
Imam Syafie hidup di zaman Khalifah Harun ar-Rasyid, al-Amin dan al-Makmun dari kerajaan Abbasiyah.
Imam Syafie adalah waris keturunan Abdul Mutalib bin Hasyim, keluarga Rasulullah SAW.
Ketika berusia tujuh tahun beliau telah menghafaz al-Quran dan sewaktu berusia 10 tahun beliau telah menghafaz kitab al-Muwatta' tulisan Imam Malik.
Imam Syafie kemudiannya merantau ke Baghdad dan Mesir untuk menuntut ilmu. Beliau berjaya menguasai ilmu hadis, fiqah dan tafsir al-Quran. Antara guru-guru beliau seperti Muslim bin Khalid az-Zanji, Sufyan bin Uyainah, Imam Malik dan Muhammad bin Hassan.
Imam Syafie juga telah menghasilkan beberapa kitab yang menjadi panduan kepada umat Islam terutamanya yang mengikuti Mazhab Syafie. Antara kitab-kitab tulisan beliau seperti ar-Risalah, al-Musnad, as-Sunan, Ihktilaful Hadis dan Ahkamul Quran.
Imam Syafie meninggal dunia di Mesir pada tahun 204 Hijrah bersamaan 820 Masihi ketika berusia 54 tahun.
No comments:
Post a Comment