Sunday, March 31, 2013

Abu Darda

"Apabila kamu terkenang kepada orang yang telah mati, maka anggaplah dirimu sudah seperti mereka." - Abu Darda'

Abu Darda' ataupun nama penuhnya Uwaimir bin Malik bin Qais bin Umaiyah al-Ansari al-Khazraji ialah salah seorang daripada Sahabat Rasulullah SAW.

Sebelum memeluk Islam beliau adalah seorang saudagar terkemuka di kota Yathrib (Madinah). Setelah beliau memeluk Islam beliau menumpukan dirinya kepada kegiatan ibadah kepada Allah SWT.

Abu Darda' memeluk agama Islam selepas Peperangan Badar. Beliau kemudian menjadi teman rapat kepada salah seorang Sahabat Rasulullah SAW yang terkenal iaitu Salman al-Farisi.

Abu Darda' juga adalah Sahabat Rasulullah SAW yang menghafaz al-Quran sewaktu zaman Rasulullah dan kemudian dilantik sebagai Kadi di Damsyik sewaktu pemerintahan Khalifah Uthman ibn Affan.

Abu Darda' meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah bersamaan 652 Masehi di Damsyik dan makamnya bersama isterinya Umm al-Darda' masih terdapat sehingga kini.

No comments: