Tuesday, April 2, 2013

Anas bin Malik

"Orang mukmin itu pintar dan cerdas." - Anas bin Malik

Anas bin Malik ialah salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang banyak merawikan hadis.

Nama penuhnya ialah Anas bin Malik ibn Nadar al-Khazraji Al-Ansari dan telah berkhidmat sebagai pembantu di rumah Nabi Muhammad SAW sejak Anas berusia 10 tahun.

Anas bin Malik juga pernah menghadiri Perang Badar bagaimanapun tidak terlibat dalam pertempuran.

Pada tahun 65 Hijrah bersamaan 684 Masihi Abdullah bin az-Zubir telah melantik beliau menjadi guru agama dan imam di Basrah.

Anas bin Malik telah ditangkap oleh al-Hajjaj iaitu Panglima Kerajaan Umaiyah bagaimanapun telah diampunkan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Anas bin Malik meninggal dunia di Basrah pada tahun 93 Hijrah bersamaan 711 Masihi ketika berusia 107 tahun.

No comments: