"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. Demille
Cecil B. DeMille ialah seorang pengarah dan penerbit filem warga Amerika Syarikat.
Nama penuhnya Cecil Blount DeMille dilahirkan di Ashfield, Massachusetts, Amerika Syarikat pada 12 Ogos 1881.
Antara filem yang diarahkannya ialah filem The Ten Commandments pada tahun 1923 kemudian difilemkan semula pada tahun 1956 dan Samson and Delilah (1949).
Cecil B. DeMille meninggal dunia pada 21 Januari 1959 akibat sakit jantung.
Thursday, February 28, 2013
Tuesday, February 26, 2013
Goenawan Mohamad
"Kemampuan membaca itu sebuah rahmat. Kegemaran membaca sebuah kebahagiaan." - Goenawan Muhamad.
Goenawan Mohamad ialah seorang wartawan, penyair dan sasterawan warga Indonesia.
Beliau dilahirkan di Batang, Jawa Tengah pada 29 Julai 1941.
Beliau adalah pengasas dan editor untuk majalah Tempo di Indonesia. Majalah tersebut pernah dua kali dihentikan atas arahan Presiden Suharto kerana kritikan terhadap pentadbiran Presiden tersebut.
Goenawan Mohamad pernah dianugerahkan International Editor of the Year oleh majalah World Press Review pada tahun 1999.
Beliau juga adalah salah seorang penerima anugerah CPJ International Press Freedom Awards (1998) dan Dan David Prize pada tahun 2006.
Goenawan Mohamad juga aktif menulis dan menghasilkan beberapa buah karya antaranya seperti Potret Seorang Penyair Muda Sebagai Si Malin Kundang (1972), Seks, Sastra, Kita (1980), Kesusastraan dan Kekuasaan (1993), Setelah Revolusi Tak Ada Lagi (2001), Kata, Waktu (2001), Eksotopi (2003), Tuhan dan Hal-hal Yang Tak Selesai (2007), Don Quixote (2011) dan 70 Puisi.

Monday, February 25, 2013
P. Ramlee 5
"Pohon kelapa walau begitu besarnya sekalipun, tetapi kalau sudah ada dedalu pada pohonnya maka pohon kelapa itu mesti mati." - P. Ramlee
Untuk membaca biodata ringkas tentang P. Ramlee, sila klik sini.

Thursday, February 21, 2013
P. Ramlee 4
"Lagu dan muzik pop yang tidak bermutu akan melahirkan generasi yang liar pada masa hadapan." - P. Ramlee
Untuk membaca biodata ringkas tentang P. Ramlee, sila klik sini.
Untuk membaca biodata ringkas tentang P. Ramlee, sila klik sini.
Wednesday, February 20, 2013
P. Ramlee 3
Untuk membaca biodata ringkas tentang P. Ramlee, sila klik sini.
Tuesday, February 19, 2013
P. Ramlee 2
"Kita hamba kepada seni, dan bukan menjadi tuan kepada seni." - P. Ramlee
Untuk membaca biodata ringkas tentang P. Ramlee, sila klik sini.
Untuk membaca biodata ringkas tentang P. Ramlee, sila klik sini.
Monday, February 18, 2013
P. Ramlee
"Muzik dapat memainkan peranan yang penting menguasai seluruh masyarakat demi kepentingan negaranya." - P. Ramlee
P. Ramlee ialah seorang pelakon, pengarah, penyanyi, penulis dan pencipta lagu serta penerbit filem warganegara Malaysia.
Nama sebenarnya ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang, Malaya.
Kerjayanya dalam bidang seni bermula pada tahun 1947 apabila beliau memenangi pertandingan nyanyian anjuran Radio Malaya di Pulau Pinang.
P. Ramlee mula menceburkan diri dalam bidang lakonan apabila beliau ditemui oleh pengarah studio Malay Film Productions iaitu B.S. Rajhans sewaktu pengarah tersebut datang ke Pulau Pinang. B.S. Rajhans telah mengajaknya ke Singapura untuk berlakon filem.
P. Ramlee berhijrah ke Singapura pada tahun 1948 dan berlakon dalam filem pertamanya berjudul Chinta.
Setelah berkecimpung dalam dunia lakonan dan perfileman, P. Ramlee telah mengarahkan filem pertamanya berjudul Penarek Becha pada tahun 1955. Filem terakhir arahan P. Ramlee ialah Laksamana Do Re Mi pada tahun 1973.
Beliau telah mengarah dan berlakon sebanyak 66 buah filem dan menghasilkan lebih daripada 360 buah lagu.
P. Ramlee berkhidmat untuk Malay Film Productions di Singapura sejak tahun 1948 hingga 1964. P. Ramlee kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1964 dan berkhidmat untuk Merdeka Film Productions atau Studio Merdeka sehingga akhir hayatnya pada tahun 1973. Malay Film Productions dan Merdeka Film Productions adalah syarikat perfileman yang dimiliki oleh Shaw Brothers.
Antara anugerah yang pernah dimenangi oleh P. Ramlee adalah:
P. Ramlee meninggal dunia pada 27 Mei 1973 akibat serangan jantung. P. Ramlee berusia 44 tahun sewaktu meninggal dunia.

- Skor Muzik Terbaik untuk filem Hang Tuah di Festival Filem Asia ketiga di Hong Kong pada tahun 1956.
- Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem Anakku Sazali di Festival Filem Asia keempat di Tokyo, Jepun (1957)
- Filem Komedi Terbaik iaitu Pendekar Bujang Lapok untuk Festival Filem Asia keenam di Kuala Lumpur (1959)
- Filem Komedi Terbaik iaitu Nujum Pa' Blalang untuk Festival Filem Asia ketujuh di Tokyo, Jepun (1960)
- Menerima darjah Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 1962.
- Menerima anugerah Bakat Paling Pelbagai di Festival Filem Asia ke-10 di Tokyo, Jepun pada tahun 1963.
- Filem Komedi Terbaik iaitu Madu Tiga untuk Festival Filem Asia ke-11 di Taipei (1964).
- Anugerah Khas iaitu filem Ibu Mertuaku untuk Festival Filem Dunia di Paris (1965).
- Menerima Anugerah Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri (1990).
- Mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005.
- Menerima Anugerah Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak (Datuk Amar) pada 2009.
P. Ramlee meninggal dunia pada 27 Mei 1973 akibat serangan jantung. P. Ramlee berusia 44 tahun sewaktu meninggal dunia.
Tuesday, February 12, 2013
Brian Tracy
"Masalah manusia ialah terlalu banyak alasan." - Brian Tracy
Brian Tracy ialah seorang pakar motivasi dan pengarang.
Beliau dilahirkan pada 5 Januari 1944 di Charlottetown, Prince Edward Island, Kanada.
Beliau telah mengendalikan seminar dan bengkel di 61 buah negara di seluruh dunia dan merupakan Pengerusi serta CEO kepada syarikat Brian Tracy International, sebuah syarikat yang khusus untuk melatih individu serta pembangunan organisasi.
Beliau telah merantau dan bekerja di lebih 100 buah negara di seluruh dunia dan mampu bertutur dalam empat bahasa.
Pada bulan April 2010, Brian Tracy telah mengumumkan di dalam blognya bahawa beliau telah menghidap kanser tenggorok. Selepas enam bulan mendapatkan rawatan termasuk kemoterapi, pembedahan dan rawatan radiasi, kanser tersebut berjaya dipulihkan.
Antara karya-karya Brian Tracy ialah Maximum Achievement: Strategies and Skills That Will Unlock Your Hidden Powers to Succeed (1993), Advanced Selling Strategies: The Proven System of Sales Ideas, Methods, and Techniques Used by Top Salespeople Everywhere (1995) dan The Miracle of Self-discipline: The "No-Excuses" Way to Getting Things Done (2010).
Blog Brian Tracy boleh dibaca di sini

Thursday, February 7, 2013
Mark Twain 2
"Perbezaan antara perkataan yang tepat dan yang hampir tepat adalah seperti perbezaan cahaya kilat dan cahaya kelip-kelip." - Mark Twain
Untuk membaca biodata ringkas tentang Mark Twain, sila klik sini.

Wednesday, February 6, 2013
William Hazlitt
"Dia menulis selaju mereka membaca. Dia tidak menulis sesuatu yang menjatuhkan dirinya. Kekurangannya lebih baik daripada kelebihan orang lain. Kata-katanya seolah-olah membawa nilai baru manusia. Inilah nilainya seorang penulis." - William Hazlitt
William Hazlitt ialah pengarang esei dan pengkritik warga British.
William Hazlitt dilahirkan di Mitre Laine, Maidstone, England pada 10 April 1778.
Koleksi eseinya yang merangkumi pelbagai isu disusun di dalam sebuah buku yang berjudul Table Talk (1821) yang memperlihatkan kelantangan, membawa kekuatan baharu dalam penulisan prosa Inggeris.
William Hazlitt meninggal dunia pada 18 September 1830.

Tuesday, February 5, 2013
E.M. Forster 2
"Penulis kreatif dirinya lebih hebat berbanding kesan yang dibawanya." - E.M. Forster
Untuk membaca biodata ringkas tentang E.M. Forster, sila klik sini

Monday, February 4, 2013
Joan Didion
Joan Didion ialah seorang pengarang warga Amerika Syarikat.
Joan Didion dilahirkan di Sacramento, California, Amerika Syarikat pada 5 Disember 1934.
Joan Didion menerima anugerah National Book Award pada tahun 1970 untuk karyanya yang berjudul Play It As It Lays.
Joan Didion dikenali untuk penulisannya tentang kehidupan di California.
Karya-karyanya yang lain seperti Run, River (1963), Slouching Towards Bethlehem (1968) dan After Henry (1992).
Sunday, February 3, 2013
Samuel Johnson
"Kebanyakan masa penulis dihabiskan dengan membaca untuk beliau menulis. Separuh perpustakaan akan bertukar menjadi sebuah karyanya." - Samuel Johnson
Samuel Johnson ialah seorang penyusun kamus, penulis dan pengkritik Inggeris.
Samuel Johnson yang turut dikenali sebagai Dr. Johnson dilahirkan di Market Square, Lichfield, England pada 18 September 1709.
Samuel Johnson dikenali untuk kamus susunannya iaitu Dictionary of the English Language (1775), edisi penulisan Shakespeare (1765) dan The Lives of the English Poets (1777).
Pada tahun 1791 penulis James Boswell telah menghasilkan sebuah biografi untuk Samuel Johnson berjudul The Life of Samuel Johnson, LL.D.
Samuel Johnson adalah penghidap sindrom Tourette.
Samuel Johnson meninggal dunia pada 13 Disember 1784 ketika berusia 75 tahun.

Subscribe to:
Posts (Atom)