"Kemampuan membaca itu sebuah rahmat. Kegemaran membaca sebuah kebahagiaan." - Goenawan Muhamad.
Goenawan Mohamad ialah seorang wartawan, penyair dan sasterawan warga Indonesia.
Beliau dilahirkan di Batang, Jawa Tengah pada 29 Julai 1941.
Beliau adalah pengasas dan editor untuk majalah Tempo di Indonesia. Majalah tersebut pernah dua kali dihentikan atas arahan Presiden Suharto kerana kritikan terhadap pentadbiran Presiden tersebut.
Goenawan Mohamad pernah dianugerahkan International Editor of the Year oleh majalah World Press Review pada tahun 1999.
Beliau juga adalah salah seorang penerima anugerah CPJ International Press Freedom Awards (1998) dan Dan David Prize pada tahun 2006.
Goenawan Mohamad juga aktif menulis dan menghasilkan beberapa buah karya antaranya seperti Potret Seorang Penyair Muda Sebagai Si Malin Kundang (1972), Seks, Sastra, Kita (1980), Kesusastraan dan Kekuasaan (1993), Setelah Revolusi Tak Ada Lagi (2001), Kata, Waktu (2001), Eksotopi (2003), Tuhan dan Hal-hal Yang Tak Selesai (2007), Don Quixote (2011) dan 70 Puisi.
No comments:
Post a Comment