Tuesday, February 12, 2013

Brian Tracy

"Masalah manusia ialah terlalu banyak alasan." - Brian Tracy

Brian Tracy ialah seorang pakar motivasi dan pengarang.

Beliau dilahirkan pada 5 Januari 1944 di Charlottetown, Prince Edward Island, Kanada.

Beliau telah mengendalikan seminar dan bengkel di 61 buah negara di seluruh dunia dan merupakan Pengerusi serta CEO kepada syarikat Brian Tracy International, sebuah syarikat yang khusus untuk melatih individu serta pembangunan organisasi.

Beliau telah merantau dan bekerja di lebih 100 buah negara di seluruh dunia dan mampu bertutur dalam empat bahasa.

Pada bulan April 2010, Brian Tracy telah mengumumkan di dalam blognya bahawa beliau telah menghidap kanser tenggorok. Selepas enam bulan mendapatkan rawatan termasuk kemoterapi, pembedahan dan rawatan radiasi, kanser tersebut berjaya dipulihkan.

Antara karya-karya Brian Tracy ialah Maximum Achievement: Strategies and Skills That Will Unlock Your Hidden Powers to Succeed (1993), Advanced Selling Strategies: The Proven System of Sales Ideas, Methods, and Techniques Used by Top Salespeople Everywhere (1995) dan The Miracle of Self-discipline: The "No-Excuses" Way to Getting Things Done (2010).

Blog Brian Tracy boleh dibaca di sini

No comments: