Thursday, February 28, 2013

Cecil B. DeMille

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. Demille

Cecil B. DeMille ialah seorang pengarah dan penerbit filem warga Amerika Syarikat.

Nama penuhnya Cecil Blount DeMille dilahirkan di Ashfield, Massachusetts, Amerika Syarikat pada 12 Ogos 1881.

Antara filem yang diarahkannya ialah filem The Ten Commandments pada tahun 1923 kemudian difilemkan semula pada tahun 1956 dan Samson and Delilah (1949).

Cecil B. DeMille meninggal dunia pada 21 Januari 1959 akibat sakit jantung.

No comments: