Thursday, January 17, 2013

Washington Irving

"Minda besar mempunyai matlamat, minda kecil hanya berangan-angan." - Washington Irving

Washington Irving ialah seorang penulis dan sejarawan warga Amerika Syarikat.

Beliau dilahirkan di Manhattan, New York pada 3 November 1783.

Beliau dikenali dengan karyanya berjudul The Sketch Book of Geoffrey Crayon, Gent yang diterbitkan pada tahun 1819. Novel ini memuatkan kisah Rip Van Winkle dan The Legend of Sleepy Hollow.

Washington Irving juga pernah menulis biografi tentang Nabi Muhammad SAW dan boleh dikatakan antara biografi terawal tentang Rasulullah SAW yang ditulis oleh penulis barat.

Washington Irving meninggal dunia pada 28 November 1859 akibat serangan jantung. Beliau meninggal dunia ketika berusia 76 tahun dan setelah menyiapkan biografi tentang dirinya.

No comments: