"Apabila di dalam diri seseorang masih ada rasa malu dan takut untuk berbuat suatu kebaikan, maka jaminan bagi orang tersebut adalah tidak akan bertemunya ia dengan kemajuan selangkah pun." - Sukarno.
Sukarno ataupun dikenali juga sebagai Achmed Sukarno ialah bekas Presiden Indonesia yang pertama.
Nama sebenarnya Kusno Sosrodihardjo dilahirkan pada 6 Jun 1901 di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia.
Nama Sukarno juga dieja sebagai Soekarno mengikut ejaan Belanda.
Sukarno telah memimpin Indonesia menuju kemerdekaan yang berjaya dicapai pada 27 Disember 1949. Indonesia menjadi sebuah negara republik dan Sukarno menjadi Presiden pertama untuk Republik Indonesia.
Presiden Sukarno begitu bercita-cita tinggi untuk menentang penjajahan di nusantara dan membantah keras rancangan penyatuan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak yang disifatkannya sebagai salah satu rancangan British untuk memperkuatkan lagi kekuasaan British di rantau Asia Tenggara.
Bantahan ini telah mencetuskan konfrontasi Indonesia-Malaysia dan Presiden Sukarno telah melancarkan kempen Ganyang Malaysia pada awal 1963. Kemuncak daripada kempen ini adalah serangan ketenteraan Indonesia ke atas Malaysia.
Konfrontasi antara Indonesia-Malaysia ditamatkan pada akhir tahun 1965 setelah berlakunya peristiwa rampasan kuasa di Indonesia dan pemerintahan Presiden Sukarno dilucutkan. Tempat Presiden Sukarno digantikan oleh Jeneral Suharto yang menjawat jawatan presiden kedua Republik Indonesia pada 27 Mac 1968.
Sukarno meninggal dunia pada 21 Jun 1970 di Hospital Tentera Jakarta akibat kegagalan buah pinggang berfungsi. Beliau meninggal dunia ketika berusia 69 tahun.
No comments:
Post a Comment