Thursday, December 6, 2012

Mary McCarthy

"Kita semua hidup dalam ketegangan, dari waktu ke waktu, serta dari hari ke hari; dengan kata lain, kita adalah pahlawan dalam cerita kita sendiri." - Mary McCarthy

Mary McCarthy ialah seorang novelis dan pengkritik warga Amerika Syarikat.

Nama penuhnya Mary Therese McCarthy dilahirkan pada 21 Jun 1912 di Seattle, Washington, Amerika Syarikat.

Antara novel-novel karyanya yang terkenal ialah The Groves of Academe (1952) dan The Group (1963).

Abangnya ialah pelakon Kevin McCarthy yang pernah membintangi filem Death of a Salesman (1951) dan Invasion of the Body Snatchers (1956).

Mary McCarthy meninggal dunia pada 25 Oktober 1989 kerana menghidap barah paru-paru.

No comments: